Harian Metro

Empat lelaki dijel lima tahun

-

Empat lelaki masing-masing dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpula­n dalam dua kejadian berasingan.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap dua penghantar surat Mohamad Sezerie Sepandi, 37, dan Nur Zazren Sharul Johari, 34, selain pekerja ladang N Navachandr­en, 35, dan penganggur Mohd Kamsaiddy Kamaruddin, 32, selepas mereka mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan masing-masing terhadap Mohamad Sezerie dan Nur Zazren serta memerintah­kan hukuman itu berkuatkua­sa dari tarikh mereka ditangkap pada 23 April lalu.

Navachandr­en dan Mohd Kamsaiddy pula dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan dan hukuman itu berkuatkua­sa dari tarikh mereka ditangkap pada 4 Julai lalu.

Mohamad Sezerie dan Nur Zazren didakwa merompak seorang ahli perniagaan Ang Chin Ai, 61, dengan melarikan sebuah kereta Toyota Land Cruiser di hadapan kedai nasi ayam di Jalan Ipoh, di sini, pada jam 7 pagi, 24 April lalu.

Navachandr­en dan Mohd Kamsaiddy pula didakwa merompak seorang pemandu teksi Mohd Yusof A Gani@Burani, 69, dengan mengambil wang tunai RM20 di Perkuburan Cina Kerayong, Jalan Istana Lama, Brickfield, di sini, pada jam 10.15 pagi, 4 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap semua tertuduh dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Farhan Aziz mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Seremban: Padah mengambil rasuah RM1,000, seorang anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Md Zamri Atan@Mohd Salleh, 36, yang bertugas di Bahagian Kejurutera­an Automotif dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu namun menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada hari perbicaraa­n ditetapkan semalam.

Mengikut pertuduhan, Md Zamri didakwa menerima suapan RM1,000 daripada Ng Ken Hing sebagai upah mempercepa­tkan dan mendapatka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia