Harian Metro

Denda RM5,000, penjara tujuh hari hina kemangkata­n Sultan Kedah

-

Lumpur: Padah menghina kemangkata­n Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah melalui media sosial, seorang lelaki didenda RM5,000 dan penjara tujuh hari.

Sheikh Noor Affandi Sh Ab Ghani, 40, mengaku bersalah di Mahkamah Siber di Jalan Duta di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tertuduh akan dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

“Susulan siasatan dijalankan JSJK berkaitan kes penghinaan ke atas Almarhum, pemilik akaun Facebook (FB) berkenaan dituduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di Mahkamah Siber Kuala Lumpur semalam.

“Pemilik akaun terbabit mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Harian Metro 14 September lalu melaporkan Pemuda UMNO Kedah membuat laporan polis berhubung tindakan kurang sopan dua pengguna laman sosial Facebook (FB) yang menghina Almarhum Sultan Kedah.

Laporan dibuat Pegawai Khas Pemuda UMNO negeri Shamsul Bahrin Shaarom di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Alor Setar, Kedah.

Acryl Sani berkata, orang ramai dinasihati tidak menyalahgu­nakan kemajuan teknologi dengan memuatnaik komen atau pandangan yang boleh menjejaska­n keamanan dan ketenteram­an negara.

“Saya ingatkan, kemajuan teknologi dan kewujudan pelbagai aplikasi pada masa kini tidak sewajarnya disalah guna bagi memuat naik pandangan atau komen secara membuta tuli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia