Harian Metro

Yingluck bersalah

Dihukum penjara 5 tahun akibat cuai mengurus skim subsidi padi

- Reuters

Mahkamah Agung Thailand semalam menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra kerana cuai mengurus skim subsidi padi.

Keputusan dibacakan in absentia (tanpa kehadiran) selepas Yingluck lari ke luar negara bulan lalu kerana bimbang dikenakan hukuman berat.

Dia berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa cuai dalam menguruska­n skim itu yang menyebabka­n negara kerugian berbilion dolar.

Skim itu membantu parti Yingluck memenangi pilihan raya umum pada 2011 sebelum dia ditumbangk­an dalam rampasan kuasa tentera pada 2014.

Yingluck sebelum ini mendakwa menjadi mangsa hukuman politik kerajaan tentera.

Panel sembilan hakim sebulat suara mendapati Yingluck bersalah dan ketua hakim mengambil empat jam untuk membacakan penghakima­n.

Mahkamah juga mengeluark­an waran tangkap terhadap Yingluck yang kini dipercayai berada di Dubai lokasi abangnya yang juga bekas Perdana Menteri,

Thaksin berada.

Dalam penghakima­n berkenaan, Yingluck didapati sedar bahawa anggota pentadbira­nnya memalsukan perjanjian beras kerajaan kepada kerajaan tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghentik­annya.

“Tindakan ini adalah untuk kepentinga­n diri sendiri dengan cara yang salah. Atas sebab itu tindakan tertuduh dianggap sebagai cuai melaksanak­an tugas,” katanya.

Bekas menteri kewangan Yingluck dihukum penjara 42 tahun pada bulan lalu selepas didapati bersalah memalsukan kontrak beras yang dikaitkan dengan skim subsidi itu.

Peguam Yingluck, Norrawit Larlaeng memberitah­u, pihaknya berbincang sama ada mahu mengemukak­an rayuan atau tidak.

 ??  ?? YINGLUCK
YINGLUCK
 ??  ?? SEORANG wanita memegang kipas dengan gambar Yingluck ketika hadir ke Mahkamah Agung Thailand di Bangkok semalam. - EPA
SEORANG wanita memegang kipas dengan gambar Yingluck ketika hadir ke Mahkamah Agung Thailand di Bangkok semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia