Harian Metro

Ukur kemampuan bayar balik elak aliran tunai terganggu

-

Putrajaya: Ukur kemampuan bayaran balik pembiayaan bagi mengelak aliran tunai semasa terjejas dan perancanga­n kewangan terganggu.

Itu antara pantang-larang yang perlu diambil kira bagi sesiapa yang memilih pembiayaan Amanah

Saham Bumiputera (ASB).

Mengupas lanjut mengenai perkara itu, Eksekutif Jualan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Hilal Abdul Karim berkata, kebanyakan peminjam mengambil pembiayaan ASB tanpa ilmu dan sekadar terikut-ikut saja sehingga menyebabka­n mereka berdepan masalah.

Menurutnya, tidak dinafikan pembiayaan ASB adalah antara instrumen kewangan yang boleh membantu seseorang membina kekayaan, tetapi ia perlu diuruskan dengan betul dan diambil berdasarka­n kemampuan.

“Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, ada pelabur mengambil jalan mudah dengan menamatkan pinjaman lebih awal kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan atau kerana perlu membuat komitmen baru seperti membeli rumah dan sebagainya.

“Apabila keadaan ini berlaku, peminjam sebenarnya menanggung kerugian kerana tidak memperoleh apa-apa sepanjang tempoh pembiayaan,” katanya pada Bengkel Kuasai Kewangan Peribadi Anda bertajuk Mengapa Perlu Pembiayaan ASB sempena Fiesta Labur PNB 2017 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya mendapati kesilapan utama peminjam ASB ialah mengambil pinjaman melebihi kemampuan menyebabka­n mereka bergantung sepenuhnya kepada agihan pendapatan untuk melunaskan ansuran bulanan.

Katanya, pihaknya turut mengingatk­an bahawa ASB tidak pernah menjanjika­n peratusan pulangan tertentu kepada pelabur, malah ia juga terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan seperti turun naik pasaran saham dan pendapatan pelaburan yang tidak menentu.

“Sebagai contoh, apabila pelabur mengambil pembiayaan RM50,000 dan sepanjang tempoh pembiayaan, dia menerima purata agihan pendapatan tahunan sebanyak tujuh peratus dan dia tidak pernah mengeluark­an agihan pendapatan yang diterima itu.

“Tahukah anda, selepas 25 tahun pinjamanny­a itu boleh berkembang kepada lebih RM200,000. Namun, jika agihan pendapatan dikeluarka­n, sama ada untuk membayar ansuran bulanan atau dibelanjak­an, jumlah diperoleh pada akhir tempoh pinjaman sama seperti jumlah pinjaman yang diambil iaitu RM50,000,” katanya.

Justeru, katanya, sebelum mengambil pembiayaan ASB, ada beberapa perkara yang perlu dipertimba­ngkan seperti komitmen semasa dan akan datang, kemampuan membayar ansuran bulanan menggunaka­n wang sendiri untuk tempoh yang panjang dan matlamat utama meminjam.

Antara perkara perlu dipatuhi sebelum mengambil pembiayaan

ASB termasuk memastikan komitmen bulanan dalam kawalan bajet, tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada pengagihan pendapatan untuk membayar balik pinjaman dan memastikan pembiayaan ASB dilindungi insurans.

Fiesta Labur PNB 2017 menawarkan pelbagai acara menarik menanti pengunjung termasuk peluang membawa pulang hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dengan jumlah keseluruha­n RM150,000.

Hari ini, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk program bual bicara Santai Labur PNB yang menampilka­n Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri sebagai panel jemputan.

Fiesta yang bermula jam 9 pagi hingga 9 malam bakal berlangsun­g sehingga jam 2 petang Ahad ini dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? MUHAMMAD Hilal (barisan belakang, enam dari kiri) bersama peserta seminar Fiesta Labur PNB 2017 di PICC, semalam.
MUHAMMAD Hilal (barisan belakang, enam dari kiri) bersama peserta seminar Fiesta Labur PNB 2017 di PICC, semalam.
 ??  ?? ORANG ramai singgah di gerai jualan bagi mendapatka­n maklumat.
ORANG ramai singgah di gerai jualan bagi mendapatka­n maklumat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia