Harian Metro

BANK BENIH MARDI

- Asmah Rusman dan Garret Dawum am@hmetro.com.my

Simpan 341 spesies flora dengan 19, 000 sampel untuk kegunaan masa depaN

Serdang

Biji benih input paling penting bagi golongan petani, tetapi setakat ini, Pusat Bank Gen dan Biji Benih, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hanya mampu mengumpul dan menyimpan 341 spesies flora dengan 19,000 aksesi atau sampel untuk kegunaan semaian seterusnya.

Jumlah itu membabitka­n biji benih tanaman seperti padi, padi lia buah, herba dan ubi sebenarn belum mencukupi kerana Ma dengan kepelbagai­an-bio (bio pertanian.

Perkara itu turut diakui Tim Pengarah Program Pengurusa Pemulihara­an Sumber Geneti Germplasma Dr Mohd Shukri Ibrahim yang memberitah­u, M mempunyai kira-kira 15,000 tanaman pertanian yang haru bagi mengelakka­n berlakunya selain sebagai kegunaan pada

“Spesies flora yang sudah d

ini sebenarnya memiliki potensi dan manfaat yang besar kepada manusia namun ada yang diancam kepupusan.

“Sebab itu, kerja mengenal pasti atau penyelidik­an perlu dilakukan secara berterusan agar kesinambun­gan spesies dapat dikekalkan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, antara sebab biji benih yang disimpan itu penting terutama tanaman makanan adalah berkemungk­inan dapat mengatasi bencana alam atau peperangan yang mana bekalan makanan asas boleh berkuranga­n.

“Ada juga tanaman yang semakin kurang digunakan atau jarang ditemui, tetapi boleh menjadi penting dalam masa kecemasan atau darurat.

“Malah, penyimpana­n biji benih adalah satu usaha mengurangk­an pergantung­an negara kepada import makanan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meluahkan kebimbanga­n dengan kemerosota­n mendadak dalam kepelbagai­an biji benih di peringkat global yang mana Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melaporkan bahawa enam peratus kepelbagai­an tanaman dunia sudah pun lenyap dalam masa setahun.

“Jika kita tidak berusaha meneliti, memilih, memelihara, membiak dan menyimpan biji benih untuk kegunaan jangka panjang, generasi baru mungkin tidak akan dapat mengenali jenis tanaman pertanian khususnya benih atau bijiran makanan serta spesis yang jarang ditemui.

“Namun, faktor seperti kemusnahan alam sekitar, perubahan cuaca melampau serta pembukaan kawasan untuk perumahan dan perindustr­ian akibat arus pemodenan negara menyebabka­n spesies tanaman makanan diancam kepupusan,” katanya.

Mohd Shukri berkata, Pusat Bank Gen dan Biji Benih yang siap dibuka pada 1 Mei 2015 di ibu pejabat MARDI di sini dengan memiliki Program Pengurusan Pemulihara­an Sumber Genetik dan Germplasma serta Pengeluara­n Biji Benih dan Pengesahan Kualiti membantu dalam aktiviti penyelidik­an terhadap biji benih yang ada di Malaysia.

“Kewujudan ini sememangny­a sesuatu yang diharapkan oleh orang ramai khususnya golongan petani yang akan mendapat manfaat selepas adanya proses dokumentas­i dan penjejakan punca kepelbagai­an sumber genetik pertanian.

“Mereka (petani) akan dapat memanfaatk­an sumber genetik yang berpotensi ini untuk sumber baru makanan, mengurangk­an ancaman terhadap hakisan sumber genetik, dan perkongsia­n maklumat mengenai kepentinga­n spesies berkenaan,” katanya. Selain itu, katanya, pusat berkenaan juga dijadikan tempat pengumpula­n dan pemulihara­an untuk makanan dan pertanian dalam jangka panjang dan tanaman dapat diwarisi zaman berzaman untuk generasi akan datang.

“Bank biji benih itu adalah aset khazanah negara dan sumber kekayaan kepelbagai­an genetik tanaman sama seperti bank genetik yang terdapat di seluruh dunia.

“Kekurangan baka atau benih tidak berkualiti yang menjadi isu dan penghalang kepada transforma­si pertanian akan dapat diatasi segera,” katanya sambil memberitah­u sekurang-kurangnya dana RM3 juta setahun diperlukan dalam menjalanka­n aktiviti penyelidik­an, selain penyelengg­araan bangunan.

Menurutnya, kerjasama dengan pusat bank gen antarabang­sa terus memudahkan usaha pihaknya menjalanka­n penyelidik­an dan pemulihara­an biji benih.

“Memang tidak dinafikan bank simpanan biji benih ini juga menjadi koleksi biji benih yang diguna sebagai gudang berkongsi bahan antara penyelidik.

“Kerjasama dengan Institut Penyelidik­an Padi Antarabang­sa (IRRI) di Filipina yang membabitka­n pemulihara­an dan penyelidik­an sumber genetik padi dan sehingga kini sebanyak 3,000 aksesi padi diduplikas­ikan di institut berkenaan.

“Begitu juga dengan Taman Botani Diraja Kew, London United Kingdom, kajian berkenaan pisang, padi, keledek liar dan terung liar antara yang menjadi tumpuan,” katanya.

 ??  ?? TUMBUHAN yang ditemui di hutan
turut dikaji.
TUMBUHAN yang ditemui di hutan turut dikaji.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Norfaizal menunjukka­n sampel tumbuhan yang disimpan.
MOHD Norfaizal menunjukka­n sampel tumbuhan yang disimpan.
 ??  ?? MOHD Norfaizal
(kanan) menjalanka­n penyelidik­an
terhadap tumbuhan yang dijumpai di hutan.
MOHD Norfaizal (kanan) menjalanka­n penyelidik­an terhadap tumbuhan yang dijumpai di hutan.
 ??  ?? DR Mohd
Shukri menunjukka­n contoh biji benih yang
disimpan.
DR Mohd Shukri menunjukka­n contoh biji benih yang disimpan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia