Harian Metro

Impian miliki kereta termakbul

-

“Saya tidak sangka rezeki saya murah pada peraduan kali kelima selepas mencuba nasib beberapa tahun untuk memenangi hadiah utama,” kata pemenang utama Peraduan Power Root, Nur Amalina Harun, 21.

Beliau memenangi Perodua Bezza 1.0 hasil menghantar penyertaan berterusan selama sebulan melalui produk

Power Root Ali Cafe 3 in 1.

“Ini kali pertama saya cuba nasib menyertai peraduan (Power Root) memandangk­an setiap tahun Power Root menawarkan hadiah lumayan kepada pelanggann­ya.

“Jadi, dari situ saya mula berminat membeli produk Ali Cafe dan terus mencuba menyertai peraduan ini,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah Power Root, di pusat beli-belah, Mydin Mall USJ (Mydin) di sini, semalam.

Anak kelahiran Terengganu itu berkata, tuah menyebelah­inya kerana dia sudah lama memasang impian mahu memiliki kereta.

“Sebelum ini saya berkongsi kereta bersama suami, Sharel Alwi, 29. Alhamdulil­lah, doa saya makbul untuk memiliki kereta sendiri.

“Rasa tidak percaya sebaik nama saya diumumkan sebagai pemenang utama bulan lalu. Ternyata niat menghantar borang yang hanya suka-suka membuahkan hasil selepas membeli produk Power Root yang bernilai RM10 ke atas,” katanya.

Nur Amalina antara lapan peserta yang memenangi peraduan Power Root daripada 10,000 peserta di seluruh Malaysia.

Penyampaia­n hadiah Power Root disempurna­kan Pengurus Jualan Power Root Muthu Tan, Penolong Pengurus Jualan Power Root Elaine Hu Geok Bee, Pengurus Operasi Jualan Power Root Tiffanny Ng Chooi Ting, Pengurus Bahagian Pemeroleha­n Mydin Siva Prakash Jaganathan dan Ketua Jabatan Pemasaran Komunikasi Jenama Mydin Sabariah Mohd.

 ??  ?? NUR Amalina menunjukka­n replika kunci Perodua Bezza yang dimenangin­ya.
NUR Amalina menunjukka­n replika kunci Perodua Bezza yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia