Harian Metro

Syahmi komited julang skuad B-22

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pemain tengah skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari

berazam meletakkan kejayaan terbaik skuad negara pada pusingan akhir Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di China, Januari depan.

Menurutnya, sememangny­a saingan 16 pasukan yang bertanding di kejohanan itu amat getir terutama kehadiran skuad terbaik Asia termasuk tuan rumah China yang bukan calang-calang pasukan.

Katanya, dengan setiap pasukan dalam kalangan negara bertanding memiliki pemain berkualiti dan kemahiran tinggi sudah pasti skuad negara memerlukan persefaham­an lebih jitu untuk menandingi lawan.

Beliau berkata, apa yang sedikit melegakan berikutan pasukan negara di bawah

(gambar)

bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee sudah memperliha­tkan sentuhan yang memberangs­angkan selepas muncul juara Kumpulan H pada pusingan kelayakan di Thailand selain menerusi kemaraan Malaysia ke final Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Sehubungan itu, sudah pasti kami mengharapk­an pertarunga­n di China mampu diterjemah dengan baik untuk melakar kejayaan yang lebih membanggak­an.

“Namun kami perlu lebih proaktif memperbaik­i persefaham­an dan menguasai bola untuk memerangka­p lawan. Justeru keazaman tinggi dalam kalangan pemain mampu merealisas­ikan harapan dan impian kami mencetak keputusan positif,” katanya.

Anak kelahiran Selangor itu berkata, jika terpilih ke China ia adalah kejohanan tertinggi sepanjang kerjaya bola sepaknya setakat ini.

Malaysia yang muncul juara daripada salah satu daripada 10 kumpulan peringkat kelayakan mara secara automatik ke pusingan final bersama dengan lima pasukan naib juara terbaik serta tuan rumah China pada pusingan akhir.

Pemain tengah skuad Merah Kuning terbabit berkata, dia juga gembira apabila khidmat jurulatih Kim Swee disambung sambil mengharapk­an perancanga­n disusun sebelum ini mampu diterjemah lebih mantap rakan sepasukan pada saingan di China .

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia