Harian Metro

Akma mahu pahang kekal tempat kedua

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas tersingkir dari saingan Piala Malaysia peminat setia Pahang

Nor Faziatul Akma

Abdul Rahim masih menaruh harapan agar pasukan kesayangan itu mampu untuk mencabar kedudukan kedua terbaik Liga Super yang turut menjadi rebutan antara beberapa pasukan lain.

Dia yang berasal dari Kuantan sangat berharap Pahang terus kekal di tangga kedua di belakang juara liga, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dengan syarat mampu untuk beraksi cemerlang dalam aksi-aksi terakhir musim ini.

“Apa pun saya harap pasukan Pahang mampu bangkit semula musim depan seterusnya berjaya merangkul kejuaraan,” katanya yang berusia 25 tahun.

Secara keseluruha­n Faziatul Akma mengakui bahawa prestasi Pahang musim ini masih di tahap terbaik walaupun terlepas Kancah bola sepak Malaysia untuk 2017 sudah berada di penghujung. Imej dan gaya selebriti David Beckham, kemahsyura­n Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dengan rekod Liga Super, mahupun analisis jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada, belum cukup mempesona untuk dijadikan penutup cemerlang musim ini. Masih terkusut dalam tirai pencarian, peminat bola sepak tanah air barangkali mempunyai pandangan yang berbeza-beza jika memperkata­kan instisari sukan nombor satu negara sepanjang tahun 2017.

Tahniah Johor DT kerana terus menjadi pasukan contoh di segi pengurusan (kewangan) dan prestasi pasukan dengan menjulang beberapa peluang untuk merangkul kejuaraan.

“Pada pendapat saya mungkin pemain masih lagi kurang keserasian disebabkan ini adalah pasukan yang baru dibentuk musim ini. Rata-rata pemain kita bukan daripada pasukan Pahang pada musim lalu.

“Ketiadaan jurulatih utama juga banyak memberi kesan terhadap pasukan Pahang yang masih terumbang-ambing untuk memberi kejuaraan liga mahupun Piala Malaysia. Kita sudah pun tersingkir dalam saingan Piala Malaysia ketika bertemu Perak pada saingan suku akhir walaupun kelebihan terarah kepada Pahang,” katanya.

Bagaimanap­un, sebagai peminat sejati Tok Gajah, Faziatul Akma atau senang dengan gelaran Akma, mengakui bahawa kelemahan paling ketara dalam skuad Pahang musim ini adalah di rangkaian pertahanan.

“Kekurangan pada pasukan pahang adalah pada barisan pertahanan yang dilihat agak longgar dalam mengekang asakan pihak lawan dan jentera tengah juga kekurangan idea dari segi taktikal,” katanya.

Dalam masa sama Faziatul Akma mengakui bahawa Pahang juga harus dipuji dan dihormati terutama keserasian pemain yang sudah lama bersama dan bergantung harap kepada ketajaman Matheus Alves dan kelincahan Mohamadou Sumareh.

“Pada pendapat saya Alves dan Sumareh perlu dikekalkan berikutan kedua-duanya mempunyai kemahiran tersendiri untuk menjaringk­an gol selain boleh membantu rakan lain dalam menghasilk­an jaringan,” katanya.

Ditanya mengenai idola sepanjan zaman yang menjadi sanjungan sehingga kini, Faziatul Akma memilih bekas penyerang zaman era 90an, Azizul Kamaluddin.

 ??  ?? AKMA sentiasa turun ke Kuala Lumpur jika pahang mara ke akhir.
AKMA sentiasa turun ke Kuala Lumpur jika pahang mara ke akhir.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia