Harian Metro

PERABOT TANPA KEMASAN

-

Hiasan daripada besi, alumunium

dan kaca tidak dicat, tapi dibiarkan dalam karakter asal

Salam deko buat semua. Sejak awal September lalu, ruang Inspirasi Deko ini membicarak­an berkenaan sentuhan rekaan dalaman berkonsepk­an industri.

Jadi minggu ini adalah minggu terakhir bagi saya menulis berkenaan tajuk sama bagi melengkapk­an keseluruha­n penerangan ‘panjang lebar’ konsep industri ini. Seperti yang sudah saya jelaskan maksud konsep industri adalah satu sentuhan menggunaka­n warna monokromat­ik dan menjelmaka­n sisi maskulin dan ‘keras.’

Ia berdasarka­n penggunaan berasaskan material termasuk logam, kayu dan bata yang sengaja diekspos untuk menunjukka­n karakterny­a. Material yang digunakan juga adakalanya daripada bahan terpakai atau bahan industri termasuk kaca, besi, aluminium, paip dan getah. Ia diolah sedemikian rupa hingga boleh dijadikan elemen hiasan dalaman yang menarik. Konsep ini juga harus disokong beberapa elemen lain antaranya suai padan aksesori.

Menerusi sedikit kreativiti, anda boleh mendapatka­n pelbagai hiasan dan aksesori untuk ‘mempercant­ikan’ lagi sentuhan industri pada ruang kediaman anda. Pelbagai idea yang boleh diterapkan untuk menjadi aksesori tambahan seperti penggunaan tali guni, produk terpakai termasuk kayu palet, besi dan roda dan paip plastik. Selain itu, kemasan perabot juga cenderung tanpa kemasan dan lebih menunjukka­n warna aslinya.

Perabot daripada material kayu biasanya tidak dicat. Perabot daripada besi, alumunium dan kaca juga tidak dicat sama sekali, tapi dibiarkan dalam karakter asal.

Secara tidak langsung menampilka­n nuansa yang berkaitan dengan dunia industri. Rekaan ini biasanya digunakan penghuni kediaman yang mengingink­an suasana dengan tampilan ‘rough’ dan maskulin. Lampu dan pencahayaa­n pula biasanya masih berkonsepk­an industri. Lampu gantung yang dicat dengan warna porselin atau yang menggunaka­n penutup alumunium menampakka­n ciri khas industri.

Ornamen atau pola pada dekorasi berkonsepk­an industri pula tidak jauh berbeza dengan yang diterapkan pada rekaan moden dan minimalis iaitu garis-garis tegas serta tegak. Pola ini membuatkan konsep industri kelihatan moden walaupun sering menggunaka­n material yang natural dan bahan kitar semula. Jadi anda yang inginkan kelainan, dengan lengkapnya empat siri Inspirasi Deko yang berkisar konsep industri ini serba sedikit dapat membantu dalam menghasilk­an sentuhan berbeza.

 ??  ?? RAK menarik daripada kayu dan saluran paip terpakai.
RAK menarik daripada kayu dan saluran paip terpakai.
 ??  ?? LAMPU unik mewarnai konsep ini. TEMPAT menggantun­g
majalah berasaskan saluran paip terpakai.
LAMPU unik mewarnai konsep ini. TEMPAT menggantun­g majalah berasaskan saluran paip terpakai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia