Harian Metro

BUDAK DIKURUNG, IBU DIBUNUH

-

menyelamat­kannya. Bila masuk ke rumah, baru saya tahu kejadian itu berlaku.

“Saya kemudian turun ke rumah memberitah­u ayah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang kakitangan kem Program

Latihan Khidmat Negara (PLKN)yang berada berhampira­n lokasi kejadian memaklumka­n tragedi itu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa pulang ke rumah jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar dua anaknya ke sekolah manakala suaminya keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting, di sini, sejak awal pagi.

“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki dalam rumah dan berlaku pergelutan sebelum wanita itu ditikam di kanan perut dan kiri dada menyebabka­nnya

meninggal dunia.

“Anak mangsa tidak dicederaka­n dan dikurung di sebuah bilik di rumah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n samun menjadi motif pembunuhan dan pihaknya akan merakam keterangan suami mangsa bagi mengenal pasti jumlah kerugian dan barangan yang hilang dari rumah mereka.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumia­n.

“Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup dipasang di rumah mangsa bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri.

“Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanap­un kita tidak pasti kenderaan yang digunakann­ya,” katanya.

 Pembunuh bertindak kurung budak dalam bilik selepas melakukan jenayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia