Harian Metro

Mangsa sihat sebelum masuk bilik tahanan

-

Lumut: Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Bahaiqy Nik

Mat, 28, dan Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada Jumaat lalu disahkan sihat sebelum dimasukkan ke bilik tahanan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, pemeriksaa­n kesihatan yang dijalankan sebelum dua anggota berkenaan menjalani tahanan mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) setiap anggota yang dimasukkan ke pusat tahanan akan menjalani ujian kesihatan untuk memastikan mereka sihat untuk menjalani latihan yang ditetapkan.

“Kedua-dua anggota terbabit adalah sihat

(sebelum dihantar ke unit tahanan) namun kita tidak boleh mengulas lanjut perkara ini kerana tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

“Bagaimanap­un, TLDM memandang serius perkara ini dan akan menjalanka­n siasatan secara terperinci serta akan melihat dari semua aspek yang berkaitan dengan kes ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Upacara Penganuger­ahan Beret Kehormat dan Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Pasukan Khas Laut (PASKAL) sempena

Sambutan Ulang Tahun ke-35 PASKAL di Markas PASKAL, Pangkalan TLDM Lumut, di sini semalam.

Menurutnya, pusat tahanan itu akan terus beroperasi bagaimanap­un pihaknya akan meneliti SOP termasuk memastikan sama ada ia masih relevan serta komprehens­if dan petugas mematuhi peraturan ditetapkan.

Sementara itu, ditanya mengenai pendapat yang mengatakan Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1972 sudah tidak relevan terutama hukuman tahanan selama 45 hari hanya kerana tidak hadir kerja, Ahmad Kamarulzam­an enggan mengulas lanjut, namun berpendapa­t akta itu masih relevan dan menyifatka­n anggota tentera yang tidak hadir tugas beberapa kali adalah satu kesalahan besar.

 ??  ?? MOHD Sukri Salleh menyiram air ke pusara anaknya, Muhammad Lailatulma­n di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang.
MOHD Sukri Salleh menyiram air ke pusara anaknya, Muhammad Lailatulma­n di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang.
 ??  ?? JENAZAH Lailatulma­n diusung anggota TLDM untuk dikebumika­n.
JENAZAH Lailatulma­n diusung anggota TLDM untuk dikebumika­n.
 ?? Ahmad Kamarulzam­an ?? Kedua-dua anggota terbabit adalah sihat (sebelum dihantar ke unit tahanan) namun kita tidak boleh mengulas lanjut perkara ini kerana tidak mahu membuat sebarang spekulasi”
Ahmad Kamarulzam­an Kedua-dua anggota terbabit adalah sihat (sebelum dihantar ke unit tahanan) namun kita tidak boleh mengulas lanjut perkara ini kerana tidak mahu membuat sebarang spekulasi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia