Harian Metro

Impi watak wanita Melayu

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Selepas dimahkotak­an sebagai ratu cantik,

Thanuja banyak terima tawaran berlakon

Kalau dulu, nama Thanuja Ananthan lebih dikenali sebagai model apatah lagi selepas dimahkotak­an sebagai Miss World Malaysia 2009 dan mewakili

Malaysia ke Miss World 2009.

Kini dia nampaknya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraa­n berbanding peragaan yang menjadi pembuka jalannya ke dalam industri seni.

“Saya bukanlah bersara daripada dunia peragaan cuma mutakhir ini lebih cenderung berlakon dan mengacara.

“Kalau ada pun kerja peragaan, ia lebih kepada kempen untuk pereka fesyen,” katanya.

Mengulas lanjut karier lakonan, Thanuja mengakui selesa dan mengimpika­n karakter wanita Melayu.

“Saya mahu cabar diri melakonkan watak wanita Melayu. Selain itu saya ingin cuba bawa watak adiwira dan orang buta,” katanya.

Sebelum ini, Thanuja pernah membintang­i drama bersiri Anak Merdeka untuk Astro.

“Menerusi drama ini saya melakonkan watak atlet dan ia sangat menguji kemampuan.

“Lebih mencabar, ia memerlukan saya mengembang­kan karakter dari usia 19 hingga 70 tahun,” katanya.

Menurut Thanuja, selepas dimahkotak­an sebagai ratu cantik, dia banyak menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa menolak berikutan beberapa sebab.

“Antaranya, karakter yang ditawarkan terlalu negatif. Saya tidak mahu disalah anggap oleh masyarakat kerana itu permulaan dalam lakonan,” katanya.

Sebagai model terkenal dan berpengala­man, Thanuja tidak ketinggala­n berkongsi pandangan mengenai model baru yang sering dirundung kontrovers­i.

“Apa yang boleh saya katakan sebagai model, yang perlu diutamakan adalah disiplin. Berdasarka­n pengalaman sebagai model, saya lihat kerjaya ini sebagai salah satu cabang seni.

“Bukan mudah untuk kita pikul tanggungja­wab sebagai model, lebih-lebih lagi sekiranya mewakili Malaysia sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Jadi, untuk model baru gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan harumkan nama negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia