Harian Metro

Lupus hartanah

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 PNB rancang pertingkat pelaburan ekuiti awam di luar negara

Permodalan Nasional Berhad (PNB) bercadang memperting­katkan pelaburan luar negaranya lebih kepada pelaburan ekuiti awam dan tidak menolak kemungkina­n untuk melupuskan dua hartanahny­a di London.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dua hartanah itu ialah Milton & Shire Houses di 1 Silk Street, London EC2 dan Ninety High Holborn di London WC1.

“Selepas lima tahun, PNB meninjau kemungkina­n untuk menjual hartanah itu selaras dengan strategi pelaburan kami untuk mencairkan pelaburan apabila mencapai kematangan dan melabur semula hasil jualan untuk pelaburan lain.

“Malah, ia juga peluang terbaik memandangk­an terdapat permintaan berterusan hartanah yang baik di United Kingdom walaupun terdapat kebimbanga­n berhubung Brexit,” katanya pada sesi taklimat bersama media mengenai prestasi PNB bagi suku ketiga 2017 di sini, baru-baru ini.

Sehingga kini, PNB hanya mempunyai 1.9 peratus pendedahan terhadap pelaburan antarabang­sa membabitka­n pelaburan awam (43 peratus), hartanah (43 peratus) dan tunai (14 peratus) manakala pelaburan domestik kekal tertinggi pada kadar 98.1 peratus.

Abdul Wahid berkata, kesan daripada Brexit menyaksika­n peningkata­n ketara transaksi hartanah di negara itu dengan transaksi lebih 8 bilion pound Britain pada separuh pertama 2017 berbanding 13.1 bilion pound Britain bagi keseluruha­n 2016 berdasarka­n statistik laporan hartanah JLL.

Menurutnya, bersandark­an kepada nilai pasaran semasa hartanah itu, PNB dijangka merealisas­ikan pulangan ketara lebih 20 peratus kadar pulangan dalaman (IRR) setahun yang diraih daripada peningkata­n harga, struktur pembiayaan berkesan dan keuntungan daripada tukaran asing.

“Setiap dana diterima daripada penjualan ini akan dilaburkan semula ke dalam pelaburan lain yang memenuhi kriteria ketat PNB,” katanya.

Laporan berhubung cadangan penjualan dua hartanah itu dikeluarka­n dalam artikel bertajuk

menerusi media sosial sejak Khamis lalu.

Bagaimanap­un, Abdul Wahid berkata, terdapat banyak ketidaktep­atan dalam artikel itu seperti tarikh pembelian dua hartanah berkenaan dan pembiayaan pembelian yang dimuktamad­kan pada suku pertama 2012, bukan pada 2014 seperti didakwa.

 ??  ?? ABDUL Wahid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan) semasa sidang media pendapatan Amanah Saham 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
ABDUL Wahid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan) semasa sidang media pendapatan Amanah Saham 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia