Harian Metro

Menakjubka­n

Vettel duduki tempat keempat selepas bermula dari petak paling belakang

- Saiful Affendy Sapran, Sukhairi Thani, Fadli Ishak sukan@hmetro.com.my

P emandu Ferrari, Sebastian Vettel (gambar) mengharung­i hari perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia PETRONAS dengan penuh gaya apabila melakar penamat keempat selepas bermula dari petak paling belakang, semalam.

Krew Ferrari berjaya menyelesai­kan masalah turbo dialami Vettel pada sesi kelayakan kelmarin dalam tempoh singkat namun nasib malang terus menimpa Scuderia apabila rakan sepasukann­ya yang sepatutnya bermula dari petak kedua, Kimi Raikkonen turut mengalami masalah sama sebelum bermulanya perlumbaan.

Vettel mencatat 1 jam 30 minit 38.652 saat pada perlumbaan yang menyaksika­n pemandu Red Bull, Max Verstappen menyambut ulang tahun ke-20 kelmarin dengan melakar kemenangan pertamanya musim 2017 di sini.

Lebih menakjubka­n, Vettel turut memecah rekod sepusingan terpantas dilakukan Juan Pablo Montoya pada 2004, 1:34.223s dengan catatan baru, 1:34.080s pada pusingan ke-41 daripada 56 pusingan keseluruha­n.

Apapun, kebangkita­n juara dunia empat kali itu di Sepang dicemari insiden sebaik saja perlumbaan tamat yang menyaksika­n tayar kiri belakangny­a tercabut selepas dilanggar pemandu Williams, Lance Stroll.

Vettel selepas itu menumpang jentera Sauber yang dipandu Pascal Wehrlein sekali gus menunjukka­n keakraban yang dimiliki pemandu F1.

“Adakah ia boleh berlaku?” kata Vettel menerusi radio kepada pasukannya. “Stroll baru saja melanggar saya. Ini sesuatu yang serius.”

Namun, penamat keempat itu jelas terus menjarakka­n lagi kedudukan Vettel dengan pendahulu keseluruha­n pemandu, Lewis Hamilton dan kini ketinggala­n 34 mata di tangga kedua.

Musim F1 2017 kini berbaki lima pusingan saja lagi dengan destinasi selepas ini ialah Litar Suzuka di Jepun, minggu depan.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ??
FOTO: OSMAN ADNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia