Harian Metro

Mana wang kami? J

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

aguh Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh mendakwa dia dan rakan sepasukann­ya masih belum menerima wang kemenangan Jelajah Malaysia (JM) 2016 serta Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.

Saingan JM2016 yang diuruskan Peloton Resources Sdn Bhd berlangsun­g pada Oktober tahun lalu manakala LTdL 2017 yang diuruskan Ciclista Sports Bhd berlangsun­g dari 22 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Kami memang berharap wang kemenangan dapat dipercepat­kan kerana ia umpama gaji selepas penat berkayuh dalam panas dan hujan.

“Duit itu juga adalah sumber pendapatan kami bagi membeli kelengkapa­n termasukla­h makanan, lampin pakai buang anak dan sebagainya. Ia ‘periuk nasi’ kami sebagai pelumba.

“Saya tak pasti jumlah sebenar mereka perlu bayar kepada kami namun sehingga kini masih belum dapat bayaran,” jelas pemenang emas Sukan SEA 2017 itu.

 Harrif belum terima hadiah kemenangan JM2016, LTdL 2017

Dia turut kurang pasti punca kelewatan berlaku kerana kebiasaann­ya wang kemenangan diselesaik­an dalam tempoh tiga bulan selepas tamat perlumbaan.

Bagi saingan JM2016, Harrif memenangi peringkat ketiga perlumbaan dari Gua Musang ke Pasir Puteh selain tempat kedua keseluruha­n kategori pecut.

Manakala bagi saingan LTdL 2017, TSG muncul pasukan kedua terbaik Asia secara keseluruha­n dengan beberapa rakan sepasukan tersenarai kalangan 10 pelumba terbaik peringkat termasuk abangnya, Mohd Zamri dan Shahrul Mat Amin.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) Peloton Resources Sdn Bhd, Musairi Musa menjelaska­n wang kemenangan JM2016 berjumlah RM178,450 sudah diserahkan kepada Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) penghujung Ogos lalu.

Musairi ditemui ketika hadir mengumumka­n penganjura­n edisi sulung Tour of Malaysia (TOM) 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g dari 7 hingga 11 November nanti merangkumi jarak 688.5 kilometer sebanyak lima peringkat.

 ??  ?? AKSI Harrif (empat dari kiri) menjuarai peringkat ketiga dari Gua Musang ke Pasir Puteh pada Jelajah Malaysia 2016.
AKSI Harrif (empat dari kiri) menjuarai peringkat ketiga dari Gua Musang ke Pasir Puteh pada Jelajah Malaysia 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia