Harian Metro

Jiran jerit rumah terbakar

-

Sungai Petani: Jeritan jiran menyelamat­kan sepasang suami isteri daripada rentung selepas rumah mereka di Kampung Batu 2, di sini, terbakar malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.45 malam, Phang Boon Siew, 42, dan isterinya, Sar Jit, 51, berada di dalam bilik tidur apabila dikejutkan dengan jeritan jiran di luar rumah mereka meminta keluar menyelamat­kan diri berikutan rumah jiran bersebelah­an kediaman mereka dijilat api.

Menurut Phang, dia dan isterinya bergegas keluar menyelamat­kan diri dan sempat mengambil beberapa dokumen penting.

“Saya dan isteri terkejut mendengar jeritan orang ramai dari luar mengatakan rumah di sebelah kiri terbakar dan keluar untuk menyelamat­kan diri.

“Mujur kami sempat menyelamat­kan dua motosikal dan beberapa pakaian kerana kebakaran berlaku pantas sehingga menyambar separuh bahagian kiri rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Nut Jamudi berkata, rumah mangsa satu daripada tiga rumah yang terbakar dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan awam memaklumka­n kejadian jam 11.49 malam dan 14 pegawai serta anggota dari BBP Sungai Petani serta dibantu 40 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bakar Arang, PBS Bedong, PBS Padang Lembu, PBS Sungai Petani dan PBS Semeling terbabit dalam operasi pemadaman itu.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang terbakar di Kampung Batu 2, kelmarin.
KEADAAN rumah yang terbakar di Kampung Batu 2, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia