Harian Metro

Kelab motosikal CGK mohon maaf

-

Kuala Lumpur: Kelab motosikal Choppers Garage Kelantan (CGK), tampil menyerahka­n surat permohonan maaf secara rasmi kepada Konsulat Thailand di Kota Bharu, Kelantan, semalam, berhubung kesalahan menahan kenderaan dan melanggar lampu isyarat merah sewaktu konvoi di negara berkenaan.

Presidenny­a, Diami Yusoff berkata, pihaknya menyerahka­n surat rasmi terbabit kepada Pemangku Jeneral Konsulat Diraja Thailand, Jantarat Ngamchana, jam 11.30 pagi.

Katanya, surat itu bertujuan memohon maaf kepada Gabenor Narathiwat dan rakyat Thailand berhubung kesalahan dilakukan peserta konvoi mereka yang dilaporkan media rasmi negara berkenaan.

“Menerusi pertemuan itu, Jantarat memaklumka­n pihaknya menyerahka­n surat terbabit kepada Gabenor Narathiwat.

“Pihaknya menerima permohonan maaf terbabit dan menganggap perkara itu selesai serta tidak perlu dipanjangk­an lagi.

“Pihaknya turut mengalukan kunjungan pelancong dari Malaysia terutama

CGK dan kelab motosikal lain untuk mengadakan konvoi ke Thailand,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Diami berkata, pihaknya meminta rakyat negara ini memaafkan mereka dan tidak terus memainkan isu itu di media sosial.

“Kami juga berharap kesilapan sama tidak berulang dan perkara ini dijadikan pengajaran kepada semua terutama peserta konvoi bermotosik­al.

“Kami harap peserta konvoi motosikal dapat mematuhi peraturan dan undang-undang negara dikunjungi bagi menjaga imej negara ini,” katanya.

 ??  ?? DIAMI (dua dari kanan) menyerahka­n surat permohonan maaf secara rasmi kepada Jantarat, semalam.
DIAMI (dua dari kanan) menyerahka­n surat permohonan maaf secara rasmi kepada Jantarat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia