Harian Metro

Nasib anak kecil kehilangan ayah

-

Isteri anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat yang meninggal dunia, Jumaat lalu berharap kejadian menimpa suaminya menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama TLDM.

Noor Bazlin Mohammad, 28, berkata, kejadian itu tidak harus berulang hingga menyebabka­n kehilangan nyawa.

“Saya sangat berharap kejadian yang menimpa suami membuka mata semua pihak terutama TLDM.

“Saya mahu keadilan atas kematian suami memandangk­an saya ada tiga anak kecil yang kehilangan ayah buat selama-lamanya,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia kini perlu menjadi ibu dan bapa, sekali gus membesarka­n tiga zuriat iaitu Nik Adam Mikhail, 4, Nik Aisya Azzahra, 2, dan Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.

Dia yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, Kuala Lumpur berkata, anak sulungnya memahami pemergian bapanya namun dua lagi terlalu kecil untuk tahu erti kehilangan.

“Saya kini bercuti dan akan mengambil cuti tanpa gaji bagi menguruska­n keperluan diri dan anak. Di samping itu, saya berhasrat memohon pertukaran ke Kelantan.

“Saya mahu tinggal dekat dengan keluarga kerana tiga anak masih kecil dan perlu lebih perhatian,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Nik Muhammad Baihaqy dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, Jumaat lalu.

Polis mengklasif­ikasikan kes kematian kedua-duanya sebagai kes bunuh selepas laporan bedah siasat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati ada kecederaan dalaman pada tubuh mereka dipercayai berlaku kes penderaan.

Susulan itu, polis menahan tiga anggota berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

 ??  ?? NUR Liya Asmira bersama anaknya Aisyah Humaira ditemui di Kampung Bagus, semalam.
NUR Liya Asmira bersama anaknya Aisyah Humaira ditemui di Kampung Bagus, semalam.
 ??  ?? Saya kini bercuti dan merancang mengambil cuti tanpa gaji bagi menguruska­n keperluan diri dan anak. Di samping itu, saya berhasrat memohon pertukaran ke Kelantan”
Saya kini bercuti dan merancang mengambil cuti tanpa gaji bagi menguruska­n keperluan diri dan anak. Di samping itu, saya berhasrat memohon pertukaran ke Kelantan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia