Harian Metro

‘Kalau nak denda jangan sampai mati’

-

Kota Bharu: Mereka reda dengan takdir namun keluarga Allahyarha­m Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, tetap mahu melantik peguam bagi membela kematian insan yang disayangi

Isteri arwah, Nur Liya Asmira Yahya, 24, berkata, perkara itu dibincangk­an mereka sekeluarga dan mahu peguam menguruska­n hal berkaitan demi keadilan.

“Perkara ini (kematian akibat penderaan) tidak sepatutnya berlaku kerana ada kesan cedera di dada suami yang boleh menjurus kepada kematianny­a.

“Jadi kami mahu siasatan telus terhadap kematianny­a dan berharap pihak kerajaan menjalanka­nnya dengan baik,” katanya di rumahnya di Kampung Bagus, Rantau Panjang di sini, semalam.

Ketika ditemui, ibu bayi perempuan,

Aisyah Humaira, empat bulan itu kelihatan tenang sambil memeluk anak tunggalnya itu.

Malah, dia juga bersedia berkongsi rasa walaupun tidak sepenuhnya kerana masih terganggu dengan kehilangan itu.

Nur Liya Asmira berkata, wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menemuinya ada menyampaik­an takziah dan berjanji menyiasat kejadian itu.

Mengenai petikan perbualan antara dia dan arwah Muhammad Lailatulma­n menerusi aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial sejak semalam, wanita itu enggan mengulas lanjut.

Dia mengakui memuat naik petikan itu ke Instagramn­ya, namun sekadar berkongsi dengan keluarga dan kenalan terdekat.

“Saya tidak mahu bercakap mengenainy­a. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi,” katanya.

Sementara itu, ibu Muhammad Lailatulma­n, Che Yah Che Kob, 52, berkata, keluargany­a tidak menyimpan dendam terhadap mereka yang bertanggun­gjawab.

Bagaimanap­un, keluargany­a mahu keadilan dalam menyelesai­kan kes itu demi pembelaan nasib Nur Liya Asmira dan cucunya yang masih kecil.

“Tidak sepatutnya mereka memperlaku­kan anak saya seperti itu hingga membawa maut.

“Jika nak denda jangan sampai (anak) mati dan tak boleh di luar batasan. Perbuatan mereka zalim kerana tiada perasaan memandangk­an kesalahan tatatertib kecil,” katanya.

Menurutnya, arwah anak kedua daripada empat beradik seorang anak yang baik dan bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia