Harian Metro

Dah jual satu jongkong

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

 Lima lelaki, tiga wanita samun di Pulau Pinang ditahan di kediaman masing-masing di Johor dan Kuala Lumpur

Sekumpulan lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 20-an hingga 40-an sempat menjual satu jongkong emas sebelum diberkas polis pada 29 September susulan kes samun tujuh jongkong dan barang kemas seberat 11 kilogram (kg) di Butterwort­h, 25 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, semua suspek berkenaan ditahan di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur secara berasingan di kediaman masing-masing.

Beliau berkata, suspek sudah menjual salah satu jongkong emas kepada seorang individu yang sedang diburu polis dengan harga RM150,000.

Katanya, dua suspek dicekup di Cheras, Kuala Lumpur manakala baki enam lagi ditahan di Johor dan polis berjaya memperoleh semula dua jongkong emas yang dicuri itu.

“Semua suspek termasuk tiga wanita yang juga isteri kepada suspek itu ditahan dan direman sehingga 5 Oktober ini bagi tujuan siasatan.

“Sehubungan itu, kami masih memburu tiga lagi suspek yang bersubahat dengan kelapan-lapan suspek dan sedang menyiasat sama ada wujud pembabitan orang dalam bagi kes ini,” katanya ketika hadir pada Majlis Penyerahan Pelupusan Barang Kes Kontinjen Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, dua pekerja kilang emas di Jalan Siram, Butterwort­h yang membawa beg berisi jongkong dan rantai emas diserang tiga perompak bersenjata­kan kapak dan tukul manakala seorang lagi perompak berada di dalam kereta.

Pada ketika itu, mangsa dikatakan mahu membawa jongkong dan rantai emas itu ke sebuah kilang emas di Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, namun dirompak individu tidak dikenali.

Melihat keadaan mencemaska­n, pengawal keselamata­n kilang berkenaan melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan suspek dari tingkat satu bangunan kilang berkenaan, namun ia tersasar.

Keempat-empat suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Bezza berwarna merah sebelum kenderaan mereka ditemui di sebuah pangsapuri dekat Ampang Jajar, Permatang Pauh dalam keadaan but belakangny­a remuk serta terdapat kesan tembakan di cermin penumpang belakang dan bumbung kereta.

Sementara itu, Roslee berkata, RM10,481,681.20 dadah pelbagai jenis antara 2000 hingga 2016 diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam yang akan melupuskan dadah berkenaan.

Beliau berkata, semua barang kes itu membabitka­n 891 kertas siasatan yang sudah selesai dan diperintah­kan mahkamah untuk dimusnahka­n termasuk bahan kimia digunakan bagi tujuan pembuatan dadah sintetik.

“Pelupusan melalui prosedur sebegini lebih menjimatka­n dan menjaga kualiti alam sekitar, tidak seperti dilakukan sebelum ini dengan memusnahka­n dadah dengan cara membakarny­a.

“Kawalan keselamata­n ketat ditempatka­n di pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan bagi mengelakka­n sebarang perkara tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? ROSLEE (kiri) memeriksa pelbagai jenis dadah yang bakal dimusnahka­n.
ROSLEE (kiri) memeriksa pelbagai jenis dadah yang bakal dimusnahka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia