Harian Metro

Firasat umur tidak panjang

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

“Beberapa kali dia kata umurnya tidak panjang dan menyuruh saya ke Makkah untuk melakukan umrah sendirian tahun depan sedangkan sebelum ini kami sudah merancang untuk pergi bersama-sama,” kata Nik Jah Ismail, 58, isteri kepada Mohamad Sani Ismail, 64, yang maut akibat kemalangan, semalam.

Warga emas itu meninggal dunia selepas motosikal Yamaha Ego ditunggang­nya dilanggar kereta Perodua Axia di Kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampira­n simpang Felda Chiku 3, Gua Musang, jam 7.30 pagi.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di FELDA Chiku 3 selepas membeli nasi berlauk ikan di gerai di simpang tiga Jalan Aring.

Nik Jah berkata, suaminya keluar rumah pada jam 7 pagi untuk membeli sarapan.

“Sebelum keluar, dia kelihatan serba tidak kena, malah memilih kopiah untuk dipakai pun mengambil masa yang lama.

“Tapi saya tidak syak apa-apa. Sebelum ini, beberapa kali juga dia beritahu yang dia rasa umurnya tidak panjang dan minta saya melakukan umrah sendirian.

“Ketika itu saya ingat dia hanya bergurau sehinggala­h kejadian ini berlaku, seperti mengiyakan apa yang diberitahu­nya sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM), di sini, semalam. Menurutnya, sejak tiga hari lalu, Mohamad Sani berselera menikmati nasi bungkus yang dibeli di gerai berkenaan dan mereka bersarapan bersama-sama. Sebelum ini, pilihan arwah ialah nasi berlaukkan ikan kering, namun pagi semalam, dia menukar selera dan memberitah­u mahu membeli nasi berlauk ikan tongkol.

“Selalunya dia keluar rumah jam 8.30 pagi, tetapi

 Warga emas berkali-kali minta isteri tunai umrah bersendiri­an

hari ini tak tahu kenapa dia keluar lebih awal iaitu 7 pagi. Mungkin ini sudah ditakdirka­n Allah SWT dan saya perlu reda,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superinten­dan Abdullah Daud ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan, manakala pemandu kereta iaitu wanita berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 ??  ?? KEADAAN motosikal Mohamad Sani yang terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN motosikal Mohamad Sani yang terbabit dalam kemalangan.
 ??  ?? MAYAT Mohamad Sani yang dilanggar kereta.
MAYAT Mohamad Sani yang dilanggar kereta.
 ??  ?? MOHAMAD Sani
MOHAMAD Sani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia