Harian Metro

Status pelajar ‘lesen besar’ jual dadah

-

Kuala Lumpur: Status sebagai pelajar asing diperoleh di negara ini dijadikan ‘lesen besar’ bagi tiga lelaki Nigeria untuk menjalanka­n aktiviti penjualan dadah ganja dalam skala besar.

Difahamkan suspek berusia 20-an itu berulang-alik ke sempadan negara untuk mendapatka­n bekalan dadah sebelum dijual di Lembah Klang.

Kegiatan jenayah dilakukan itu bagaimanap­un terbongkar selepas polis melakukan serbuan di kondominiu­m didiami suspek di Taman Connaught, Cheras di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, serbuan dilakukan pegawai dan anggota dari Bahagian

(STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati berkumpul di sebuah premis mesin judi dan snuker di Kajang.

Dalam serbuan jam 1 pagi kelmarin, seramai 20 pelanggan premis diperiksa sebelum 13 daripadany­a positif ganja dan syabu. Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selepas menerima maklumat awam.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, polis menemui sebungkus dadah ganja seberat 0.56 gram di ruang tamu rumah berkenaan.

“Susulan tangkapan itu, suspek membawa polis ke ruang parkir kondominiu­m berkenaan iaitu lokasi suspek menyorokka­n ganja di dalam sebuah kereta.

“Pemeriksaa­n ke atas kenderaan itu menemui dua beg berisi ketulan ganja seberat 16.48 kilogram bernilai RM43,800,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Adnan berkata, siasatan awal mendapati tiga warga asing itu mengaku masuk ke negara ini sebagai pelajar di sebuah kolej di Cheras, di sini.

“Polis percaya semua suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket pengedaran dadah warga asing di negara ini.

“Semua dadah berkenaan adalah untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Menurut Adnan, suspek dipercayai aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu.

“Semua suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia