Harian Metro

‘Berjumpa’ arwah ibu bapa, 2 adik

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman yang sedar daripada koma selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 24 September lalu menyifatka­n ia peluang kedua untuknya.

Mahadzir, 60, ketika ditemui petang semalam berkata, dia bersyukur kerana diberi kesembuhan dan berdoa semoga terus mendapat kesihatan baik.

“Apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang hanya dirasai bagi mereka yang melaluinya. Bagi saya, ini hikmah daripada Allah.

“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada diri sendiri. Apabila diceritaka­n semula oleh keluarga, dalam fikiran saya sudah meninggal dunia. Namun sebaliknya kerana Allah masih panjangkan nyawa saya.

“Malah, apabila sedar daripada koma saya sentiasa berdoa semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Dalam masa sama, saya fikir ini hanya pinjaman sementara buat saya,” katanya.

Mahadzir turut berkongsi pengalaman sepanjang koma dia diberi kesempatan bertemu arwah kedua ibu bapa serta dua adiknya.

“Apa saya ceritakan ini mungkin orang susah nak percaya tetapi saya yang melaluinya perlu berkongsi.

“Sepanjang lima hari ‘hilang’, saya diberi kesempatan oleh Allah berjumpa arwah kedua ibu bapa dan dua adik beradik lain. Saya bertanya kepada kedua ibu bapa kenapa tidak mahu bercakap dengan saya.

“Malah tidak lama selepas itu, saya turut berasa seperti di awang-awangan dan melihat ramai orang di sekeliling,” katanya.

Mahadzir berkata, selepas ini dia ingin meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dan membantu orang seni visual.

“Tipu kalau kata saya tidak teringat soal kerja. Apatah lagi saya jenis kuat bekerja. Namun, apabila perkara ini terjadi, sudah tiba masanya saya berehat dan fikir diri sendiri.

“Jika tidak berehat, ia bermakna saya merosakkan diri sendiri. Dalam masa sama, saya perlu memperbany­akkan ibadah dan berbuat kebaikan kepada orang. Malah pembantu rumah sentiasa pesan, selepas ini saya jangan lupakan Allah lagi,” katanya.

 Mahadzir ‘hilang’ 5 hari bersyukur kembali sembuh, ingin bantu orang seni visual

 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan JAIP menabur abu ke laut berhampira­n Pulau Sembilang. MAHADZIR ketika ditemui di PPUM, semaalam.
SEBAHAGIAN kakitangan JAIP menabur abu ke laut berhampira­n Pulau Sembilang. MAHADZIR ketika ditemui di PPUM, semaalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia