Harian Metro

Beri keterangan cecair beracun VX

-

Shah Alam: Pihak pendakwaan akan membuktika­n keterangan jelas menunjukka­n tindakan wanita warga Indonesia dan Vietnam yang menyapu cecair beracun VX kepada abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam hingga menyebabka­n kematian mangsa di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2), Februari lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad berkata, keterangan pakar akan dikemukaka­n untuk membuktika­n kesan racun VX adalah penyebab kematian Jong-nam dan peluang untuk menyelamat­kannya adalah tipis.

“Mahkamah akan membuktika­n Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, menghampir­i Jong-nam di Balai Berlepas klia2 dan terus menyapukan cecair beracun VX ke muka dan mata mangsa.

“Keterangan juga menunjukka­n selepas kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu, mangsa terus pergi ke pegawai bertugas di Kaunter

Khidmat Pelanggan untuk mengadu sebelum dibawa ke klinik terminal klia2.

“Bagaimanap­un, Jong-nam meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya dalam ucapan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraa­n kes bunuh itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Menurut Muhamad Iskandar, melalui keterangan langsung, pendakwaan juga akan membuktika­n Siti Aisyah dan Doan dengan latihan ‘prank’ yang diselia empat lelaki yang masih bebas bagi memastikan niat bersama mereka untuk membunuh Jong-nam.

“Ini berikutan keadaan mangsa biasa sahaja sebelum muka dan mata disapu dengan cecair racun VX,” katanya.

Dalam prosiding itu juga, Siti Aisyah dan Doan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan kedua-dua peguam bela supaya mendedahka­n nama empat lelaki yang

masih bebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia