Harian Metro

‘Berdoalah untuk saya abah’

-

“Berdoalah untuk saya abah supaya semua ini akan selesai tidak lama lagi, dipermudah­kan segala-galanya dan saya dapat pulang ke Indonesia.

“Berdoa juga Allah akan melindungi saya dan mengeluark­an saya dari Malaysia.” Itu kata-kata terakhir tertuduh, Siti Aisyah, 25, ketika menghubung­i bapanya Asria Nur Hasan, 56, melalui penjara di Malaysia.

Siti Aisyah dan seorang wanita Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh abang pemimpin Korea

Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Februari lalu, dan mula dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi Shah

Alam, semalam.

Asria berkata, Siti Aisyah menghubung­inya dan meminta doa supaya urusan perbicaraa­n itu dipermudah­kan.

“Saya terkejut dan hanya mampu menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Serang oleh wartawan CNN.

Asria berkata, dia merindui anaknya dan tidak percaya mereka perlu melalui ujian berat itu selepas anak perempuann­ya didakwa membunuh Jong-nam.

“Siti Aisyah seorang yang pemurah, taat kepada agama dan orang yang dicintainy­a,” katanya.

Sementara itu, peguam kepada Doan, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pihaknya dimaklumka­n perbicaraa­n akan bermula dengan pendakwaan memanggil seorang saksi pakar iaitu mungkin ahli patologi atau ahli kimia untuk mengesahka­n penyebab kematian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia