Harian Metro

Guna kuasa kempen di media sosial

-

Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengadakan kempen Justice For Rohingya bagi menggerakk­an belia di seluruh dunia untuk memberi tekanan antarabang­sa kepada kerajaan Myanmar berhubung isu etnik Rohingya.

Presiden MBM Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, kempen menerusi media sosial itu diharapkan mampu mewujudkan gelombang besar tekanan antarabang­sa kepada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.

Kata beliau, apa yang berlaku kepada etnik Rohingya di Myanmar hari ini adalah jenayah kemanusiaa­n dan situasi itu sama seperti yang berlaku di Bosnia sebelum ini.

“Masyarakat dunia tidak boleh berdiam diri dan perlu bertindak segera membantu menangani isu jenayah kemanusiaa­n berkenaan. “Menerusi kempen Justice

For Rohingya, belia di seluruh dunia boleh bergabung tenaga menggunaka­n kuasa laman sosial untuk memberi tekanan antarabang­sa kepada kerajaan Myanmar supaya segera menghentik­an penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Strategik Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Serantau Mengenai Isu Rohingya di Pusat Belia Antarabang­sa (IYC) Cheras, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung MAPIM Zulhanis Zainol, Exco Komiti Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Tengku Adnan Tengku Azlan, aktivis Baraka City Perancis, Matthew Marco dan wakil Yayasan Turkiye Diyanet, Clavijo Ibrahim Carlos.

 ??  ?? MUA’AMAR
MUA’AMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia