Harian Metro

Mengerang sakit sambil mata tertutup

-

Alor Gajah: Akibat menderita Cerebral Palsy, Nur Medina Sofia Hairul Nizam, 2, hanya mengerang, malah bergantung hidup dengan alat pernafasan serta tidak dapat bergerak aktif. Matanya juga sentiasa tertutup rapat seolah-olah nyenyak tidur walaupun sebenarnya dia berjaga.

Lebih perit, anak bongsu dari tiga beradik yang menderita penyakit itu selepas demam kuning yang kerap sejak berusia tiga bulan juga tidak boleh terdedah kepada persekitar­an luar kerana mudah dijangkiti kuman.

Ibunya, Siti Zuhaini Mohd Zainol, 32, berkata, kali terakhir anaknya yang juga menderita hipotermia itu dibawa keluar di khalayak mengakibat­kan batuk tidak berhenti-henti.

“Selepas dia dibenarkan pulang ketika berusia 10 bulan, dia batuk tanpa henti menyebabka­n kami merujuk semula kepada doktor.

“Kami bersyukur dia tidak ditahan di hospital. Sejak itu kami sentiasa memastikan persekitar­annya bebas kuman dan selesa,” katanya ketika kunjungan Gabungan Melaka Bikers Club (GMBC), di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Cerebral palsy adalah gangguan gerakan kekal yang muncul pada usia awal kanak-kanak. Tanda dan gejalanya berbeza seperti koordinasi lemah, otot kaku, otot lemah serta berdepan masalah deria utama.

Kunjungan GMBC itu dimulakan dengan tahlil ringkas daripada 30 penunggang selain dimeriahka­n dengan majlis sambutan hari jadi Nur Medina Sofia.

Antara kumpulan penunggang yang menyertai kunjungan amal diketuai Zamri Mahat, pentadbir kumpulan itu adalah Melaka

Army Bikers (MAB), Melaka

Baby Bikers (MBB) dan kumpulan penunggang dari Singapura.

Bapanya, Hairul Nizam Uyop, 37, berkata, selain bergantung pada alat pernafasan, lendir di paru-paru Nur Medina perlu disedut dengan mesin khas untuk mengelakka­n lemas.

“Walaupun pergerakan­nya tidak aktif, kami pasti anak kami ada semangat juang ntuk meneruskan hidup memandangk­an pakar yang merawat pernah menyatakan dia tiada harapan lagi ketika mula diserang penyakit itu,” kata jurutera elektrikal itu.

Bagi Hairul Nizam, dengan perbelanja­an lebih RM700 sebulan diperuntuk­kan untuk anak bongsunya, sedikit sebanyak menjejaska­n perancanga­n lima sekeluarga itu kerana Nur Medina Sofia juga perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaa­n lanjut.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Hairul Nizam bernombor 1541010306­98 atau boleh berhubung di talian 012-9314741.

 ??  ?? NUR Medina Sofia kini terlantar di rumah.
NUR Medina Sofia kini terlantar di rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia