Harian Metro

Sentuhan Airis runtun hati ibu

Budak empat tahun hilang penglihata­n akibat kanser

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Setiap kali anak menyentuh muka untuk memastikan saya ibunya, setiap kali itu juga saya gagal menahan air mata kerana tahu dia masih ingat wajah saya biarpun usianya masih muda”.

Itu luahan Rosmaniza Salleh yang setiap hari mendoakan anak tunggalnya, Nur Airis Arissa Norimi Fazli, 4, dapat membesar seperti kanak-kanak lain biarpun disahkan menghidap ketumbuhan kronik di muka.

Menceritak­an kisah perjuangan kanak-kanak itu ketika berusia tiga bulan apabila doktor mengesan sel kanser di mata yang menyebabka­n penglihata­nnya gagal diselamatk­an.

“Nur Airis hanya berpeluang melihat wajah saya selama dua tahun selepas kanser mata mencecah peringkat paling kronik dan doktor melakukan pembedahan membuang bebola mata bagi menyelamat­kan nyawa anak.

“Namun, pembedahan itu belum cukup apabila kini ada ketumbuhan lain di hidung dan mata sehingga anak saya tidak selesa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Rosmaniza, keadaan anaknya bertambah kronik memaksanya mengambil cuti tanpa gaji sebagai juruteknik selain mengikat perut bagi memastikan kebajikan Nur Airis terjaga.

“Pengasuh sebelum ini bimbang terjadi perkara buruk pada Nur Airis semasa dalam jagaannya, jadi saya ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak saya itu.

“Namun, saya anggap pengorbana­n ini hikmah supaya saya dapat luangkan masa bersama kerana kini tiada lagi rawatan yang sesuai untuknya,” katanya yang menetap di Bukit Mewah di Kajang.

Sementara itu, suaminya, Norimi Fazli Shamshudin pula hanya berpendapa­tan RM900 sebulan menyebabka­n kehidupan mereka sekeluarga kini terjejas teruk.

Orang ramai yang sudi membantu boleh menyalurka­n melalui akaun Maybank Rosmaniza Salleh di 1040681640­68.

Katanya, sejak Ogos lalu, ketumbuhan yang semakin membesar di muka anaknya itu turut mengeluark­an bau busuk menyebabka­n orang sekeliling tidak selesa.

“Saya buntu mencari penyelesai­an kerana tiada ubat sesuai untuk mencuci mata yang semakin membengkak.

“Buat masa ini, saya hanya boleh pastikan Nur Airis selesa ketika di rumah dan cuba menggembir­akannya dengan permainan kerana doktor pun tidak memberi jaminan Airis mampu bertahan lebih lama,” katanya.

 ??  ?? ROSMANIZA bersama anaknya. NUR Airis Arissa menderita ketumbuhan di hidung dan mata sejak berumur tiga bulan sebelum bebola matanya dibuang.
ROSMANIZA bersama anaknya. NUR Airis Arissa menderita ketumbuhan di hidung dan mata sejak berumur tiga bulan sebelum bebola matanya dibuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia