Harian Metro

Pegawai TUDM nafi rasuah

-

Shah Alam: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam atas pertuduhan menerima suapan RM1,500 sebagai upah bagi setiap kursus sukan yang dijalaniny­a tahun lalu.

Tertuduh, Noor Mohd Syahidami Mohammad Saaid, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas sebagai setiausaha di Lembaga Sukan TUDM didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang tunai RM1,500 daripada Roslizawat­i Mustaffa Kamal sebagai upah bagi setiap kursus yang dijalaniny­a dengan alasan wang itu untuk kegunaan lembaga sukan berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah universiti di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, jam 6.49 petang, 14 September 2016.

Justeru, Noor Mohd Syahidami melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail yang mengendali­kan kes menawarkan kos jaminan tertuduh berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Harjinder Singh bagaimanap­un memohon penguranga­n kerana memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi membantu siasatan kes itu sejak ditahan pada September tahun lalu.

“Anak guam saya yang berkhidmat selama 20 tahun itu juga mempunyai tanggungan isteri dan tiga anak berusia empat hingga 11 tahun,” katanya.

Rozilah kemudian membenarka­n kos jaminan RM7,000 dan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor setiap bulan selain menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia