Harian Metro

Laporan palsu makan diri

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Pembantu perniagaan didenda RM600

Alor Setar: Seorang banduan terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara apabila dijatuhi hukuman tambahan empat tahun penjara lagi oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam atas pertuduhan pilihan menyebabka­n kecederaan terhadap seorang anggota polis menggunaka­n parang tahun lalu.

Tertuduh, Beng An Cheng, 35, ketika ini menjalani hukuman penjara atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam diri sendiri mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bermula 19 September lalu hingga 3 November ini.

Dia mengaku bersalah sejurus dibacakan semula pertuduhan pilihan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding didengar Hakim Zulhazmi Abdullah semalam.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Muhammad Shahrul Nizam Kerjin, 28, dengan menggunaka­n senjata yang boleh menyebabka­n kematian iaitu parang berhulu kayu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah tidak bernombor di Kampung Lamdin, Naka, Padang Terap pada 10 Disember 2016, jam

Laporan polis berkaitan kejadian ragut menimpa dirinya kira-kira enam bulan lalu akhirnya memakan diri apabila seorang pembantu perniagaan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan membuat laporan polis palsu.

Pengakuan bersalah tertuduh, Nur Hakiki Abd Hakim, 23, dirakam di hadapan Majistret Norina Maludin selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Bukit Lintang, di sini, dikesan memberi laporan palsu di Balai Polis Kandang, di sini, jam 4.08 pagi pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali. Mengikut fakta kes, tertuduh membuat laporan palsu di pejabat Pegawai Penyiasat JSJ, IPD Melaka Tengah. Ketika memberi keterangan, polis mengesan keterangan tertuduh meragukan dan apabila disoal siasat lebih lanjut, tertuduh akhirnya mengaku laporan diragut dibuatnya itu palsu semata-mata mahu mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) ketika hendak membuat kad pengenalan gantian.

Terdahulu, ketika prosiding berjalan, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar (PDK) merayu dikenakan hukuman ringan kerana masih muda.

“Tertuduh seorang pesalah muda dan hanya bekerja sebagai pembantu perniagaan dengan pendapatan RM600 sebulan, malah tinggal serta menanggung seorang ibu yang tidak bekerja. Tertuduh juga hanya mempunyai wang RM400 dan tidak mampu membayar denda lebih dari itu,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Nur Hakiki di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi Nur Hakiki di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia