Harian Metro

Penganggur dipenjara 11 tahun, 10 sebatan

-

Kota Bharu: Penganggur dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam terhadap empat pertuduhan memiliki dadah, dua tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Ahmad Najab Abd Kadir, 36, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan pilihan.

Bagi pertuduhan pilihan memiliki kanabis, tertuduh dihukum 11 tahun penjara dan 10 sebatan manakala pertuduhan kedua, ketiga dan keempat masing-masing setahun penjara.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 24 Mei 2015.

Mengikut pertuduhan pilihan, Ahmad Najab didakwa memiliki dadah kanabis seberat 349.73 gram di dalam kereta Perodua Myvi di tepi jalan berhampira­n Sungai Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh jam 1.30 pagi, 24 Mei 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Sementara, pertuduhan kedua hingga keempat, lelaki itu didakwa masing-masing memiliki dadah nimetazepa­m seberat 0.47 gram, dadah heroin seberat 0.03 gram dan dadah methamphet­amine seberat 0.01 gram di dalam kenderaan serupa, pada masa dan lokasi sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia