Harian Metro

Jiwai roh pahlawan

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Golongan muda Transforma­si Nasional (TN50) perlu menjiwai semangat dan roh kepahlawan­an generasi terdahulu yang banyak berkorban dalam mempertaha­nkan keselamata­n serta kedaulatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat kepahlawan­an itu penting bagi membolehka­n negara berada pada tahap lebih tinggi, sekali gus mencapai cita-cita untuk tersenarai dalam kalangan 20 negara termaju di dunia.

Beliau berkata, kerajaan pada dasarnya menganggap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai aset terpenting kerana sumbangan pasukan itu dalam menjaga keamanan serta keselamata­n negara.

“Justeru, sebagai negara dan kerajaan, kita perlu menjaga kebajikan dan kesejahter­aan anggota pasukan keselamata­n ini sama ada yang masih berkhidmat atau veteran. Malah, kerajaan sentiasa mengkaji kemudahan dan kebajikan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara, di sini semalam.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Katanya, usaha mengenang dan mengiktira­f budi serta jasa pasukan keselamata­n negara bukan hanya dikenang pada Hari Pahlawan, malah perlu diingati setiap hari dan sepanjang tahun.

Najib berkata, tanpa keamanan dan keselamata­n, negara tidak mungkin mencapai pertumbuha­n ekonomi yang tinggi serta mendapat pengiktira­fan daripada pelbagai badan penarafan dunia.

Sambutan Hari Pahlawan 2017 bermula jam 9 pagi menerusi pemeriksaa­n barisan Kawalan Kehormatan Utama oleh Perdana Menteri disusuli bacaan sajak pahlawan oleh Superinten­dan Rose Baini Kassim dari PDRM dan Leftenan Bakhri Shah Abdullah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 Golongan belia perlu contohi generasi terdahulu pertahan keselamata­n negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia