Harian Metro

Kerajaan sasar tanam 10,000 hektar kenaf menjelang 2020

-

Kerajaan menyasar 10,000 hektar tanaman kenaf ditanam di negara ini dengan penghasila­n jualan melebihi RM10 juta setahun menjelang 2020.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Datuk Mohd Adhan Kechik berkata, bagi mencapai sasaran itu, pihaknya kini menggalakk­an petani memulakan penanaman kenaf yang mampu menghasilk­an pendapatan lumayan.

“Namun begitu, kurangnya maklumat mengenai tanaman kenaf antara kekangan pekebun tidak begitu mengambil peluang untuk menjadi pengeluar komoditi itu sedangkan ia mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Sehingga kini pengeluara­n kenaf negara masih kecil berbanding komoditi lain seperti getah atau kelapa sawit iaitu kira-kira RM1.6 juta setahun dengan keluasan tanaman 2,200 hingga

2,500 hektar di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC) di Pejabat LKTN Bandar Darulaman, di sini, semalam.

Adhan berkata, pihaknya kini mempergiat usaha meluaskan penanaman kenaf di dua ladang di Kedah dan Perlis bagi penghasila­n benih tanaman itu.

“Ladang kenaf di Kedah iaitu di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis berkeluasa­n 600 hektar.

“Tahun depan komoditi ini akan ditanam meluas di Kedah bagi tujuan penghasila­n produk fiber dan empulur kenaf untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Antara produk yang boleh dihasilkan menerusi kenaf adalah tilam, kraftangan, penyegar udara serta pelbagai barangan lain yang dijangka dapat melahirkan lebih ramai usahawan dan dalam masa yang sama meningkatk­an pendapatan pekebun,” katanya.

 ??  ?? MOHD Adhan
MOHD Adhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia