Harian Metro

Rebut kembali gelaran 2 tahun lalu

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) muncul juara Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2017 apabila berjaya mengembali­kan gelaran yang dimenangi dua tahun lalu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, semalam.

Kemenangan itu menyaksika­n pasukan diwakili dua pendebat daripada jurusan undang-undang yang bertindak sebagai pembangkan­g pembuka, Muhammad Asyraf Mustafha Kamaruddin, 21, dan Zhilal Adnan, 21, membawa pulang piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaa­n.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertanding­an DeTIK 2017 sejajar dengan hasrat kerajaan, khususnya Kementeria­n Pendidikan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015 hingga 2025 untuk melahirkan graduan holistik.

“Pertanding­an ini berupaya mengembang­kan pemikiran mahasiswa berhubung topik pendidikan selaras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), meningkatk­an penguasaan kemahiran berbahasa dan melahirkan generasi berpengeta­huan luas.

“Usaha ini juga berupaya mencungkil bakat pendebat yang bakal menjadi sumber manusia dalam kalangan masyarakat setempat, nasional dan global,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan) Datuk Dr Amin Senin.

Pertanding­an akhir membawa usul Dewan ini percaya undang-undang adalah mekanisme utama dalam pendidikan kepengguna­an adalah kemuncak kepada penganjura­n selama empat hari DeTIK 2017 bermula 29 September lalu.

Debat edisi keempat bertema Pendidikan dan Kepengguna­an menggunaka­n format perdebatan ala

 UIAM juara Debat Terbuka Ilmu Khas 2017

Parlimen British.

Sebanyak 60 pasukan dan 120 pendebat dari institut pendidikan guru, universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan politeknik menyertain­ya.

Naib Juara disandang Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) selaku kerajaan penutup yang melayakkan mereka menerima piala individu, wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaa­n.

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) yang membawa peranan sebagai kerajaan pembuka menduduki tempat ketiga, manakala UNITEN B mewakili pembangkan­g penutup mendapat tempat keempat.

Dua pasukan itu masing-masing menerima trofi individu, wang tunai dan sijil penghargaa­n.

 ??  ?? ZHILAL (kiri) dan Muhammad Asyraf dinobatkan johan
DeTIK 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas, Cheras.
ZHILAL (kiri) dan Muhammad Asyraf dinobatkan johan DeTIK 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia