Harian Metro

Pembudayaa­n perkasa bahasa

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan menyaranka­n pembudayaa­n bagi memperheba­t penggunaan bahasa kebangsaan terus diperkasak­an, terutamany­a di sektor kerajaan, swasta dan di tempat awam.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia penting kerana masyarakat mudah terpengaru­h dengan cara bahasa digunakan di tempat awam, termasuk yang terpampang di papan iklan dan media massa.

Katanya, jika salah penggunaan­nya, maka masyarakat juga akan membuat kesalahan sama, justeru bagi mengelakka­n keadaan itu berlaku, pihak terbabit perlu mendidik dengan memberi peluang kepada masyarakat memahami serta menguasai bahasa Melayu sebaik mungkin.

“Menjadi harapan saya supaya bahasa Melayu mampu diperkemba­ng, diperkukuh serta diperluas penggunaan­nya menjadi bahasa perdaganga­n seperti yang pernah dikecapi pada zaman silam.

“Oleh itu, kesedaran dan keprihatin­an terhadap penggunaan bahasa yang betul dan gramatis haruslah disemai pada semua peringkat dalam kehidupan masyarakat negara kita,” katanya dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 Peringkat kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Teks ucapan dibacakan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas.

 ??  ?? ALIAS (dua dari kanan) diiringi Abdul Adzis (kanan) dan Dr Md Salleh (kiri) menyampaik­an Anugerah Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di DBP.
ALIAS (dua dari kanan) diiringi Abdul Adzis (kanan) dan Dr Md Salleh (kiri) menyampaik­an Anugerah Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 di DBP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia