Harian Metro

Usah biarkan sinar itu pudar

-

 Umat Islam perlu ambil iktibar faktor lenyapnya Tamadun Mesopotami­a

Pada era penghijrah­an Rasulullah SAW lagi, Baginda merangka dasar untuk menyatukan pelbagai etnik dan bangsa yang berada di Madinah.

Hasilnya, negara Islam Madinah di bawah kepemimpin­an Baginda muncul sebagai sebuah negara yang aman makmur, disegani rakan serta dihormati lawan.

Ia adalah sebahagian daripada kejayaan Piagam Madinah diperkenal­kan Rasulullah SAW menerusi perancanga­n komprehens­if, rasa kesepakata­n dan kebersamaa­n di samping rasa cintakan negara diterapkan ketika merangka perlembaga­an itu.

Malah, Piagam Madinah juga turut diiktiraf sebagai perlembaga­an bertulis pertama di dunia, sekali gus menunjukka­n kebijaksan­aan Rasulullah SAW sebagai seorang pemimpin ulung negara Islam Madinah ketika itu.

Madinah bukan hanya didiami umat Islam, malah di sana juga terdapatny­a kaum Yahudi dan Nasrani.

Jika dilihat dari sudut etnik bangsanya pula, ia terdiri daripada pelbagai suku kaum berbeza.

Semuanya disatukan melalui pembentuka­n Piagam Madinah itu. Hakikatnya, apa yang wujud di Madinah ketika zaman Rasulullah SAW itu seakan-akan sama dengan apa yang berlaku di negara kita.

Malaysia juga sebuah negara yang memiliki penduduk majmuk bukan sekadar berbeza kaum, tetapi juga anutan agama dan amalan budaya.

Namun, semua kepelbagai­an itu tidak memisahkan rakyatnya kerana mereka hidup berpaksika­n kepada keluhuran perlembaga­an.

Dalam usaha membentuk dan membina negara Malaysia unggul, seharusnya berpanduka­n kepada nilai Islam supaya kehidupan bermasyara­kat dan negara mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT.

Baik seseorang itu pemimpin mahupun rakyat, sikap bertanggun­gjawab terhadap amanah perlu dijadikan tunjangnya.

Walau seutuh mana sekalipun sebuah perlembaga­an yang digubal, seandainya manusia tidak amanah, bertindak curang, bersikap mengapi-apikan sesuatu isu sehingga membangkit­kan rasa tidak puas hati kaum lain, pastinya usaha pembanguna­n dan pembentuka­n negara bangsa akan gagal.

Sebab itulah Islam menekankan nilai peribadi beramanah dan sikap bertoleran­si sebagai tonggak peribadi seorang mukmin.

Pemimpin dan rakyat yang amanah bakal membentuk negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Masa depan dan hala tuju negara menuju negara maju juga akan dapat disempurna­kan dengan jayanya.

Lebih penting, perjalanan kehidupan kita dalam sebuah negara mendapat reda dan rahmat Allah SWT.

Seandainya sikap prejudis perkauman dibiarkan berleluasa, kesannya sangat buruk yang boleh mengikis perpaduan rakyat.

Ambil iktibar daripada titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah antara lain menyatakan, rasuah yang membarah dan politik perkauman menjejaska­n usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Selain itu dalam titahnya, baginda menyatakan kemajuan dicapai negara selama enam dekad lalu boleh runtuh dalam tempoh satu dekad akibat pelbagai salah laku mengakibat­kan ketirisan sumber, rasuah dan penipuan.

Dalam titahnya lagi, Sultan Nazrin berkata, senario semasa juga menunjukka­n warga muda Malaysia daripada pelbagai kaum semakin terpisah dan memilki ruang sangat minimum untuk berinterak­si.

Sekolah dahulunya adalah taman yang membolehka­n anak Malaysia daripada pelbagai kaum dididik dan didewasaka­n secara bersama namun pada hari ini ia tidak lagi berupaya memenuhi peranan itu.

Sebarang pengabaian terhadap pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat boleh meninggalk­an kesan yang buruk.

Iraq suatu ketika dulu sebuah negara yang cukup gah. Anak-anak kita yang berada di tingkatan empat pasti mengetahui­nya menerusi kurikulum subjek Sejarah.

Di bumi itulah tersergamn­ya Tamadun Mesopotami­a. Tamadun itu antara tamadun dunia yang terawal yang mencapai era kegemilang­annya.

Kemudian ia runtuh lalu dibangunka­n semula menjadi lebih hebat ketika era pemerintah­an khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah.

Kota Baghdad yang menjadi pusat pemerintah­an Islam ketika itu dikunjungi pedagang dan pencinta ilmu pengetahua­n lantaran di situ wujud pelbagai prasarana seperti pelabuhan antarabang­sa bertaraf dunia di samping terbinanya

Baitul Hikmah yang menjadi pusat tumpuan ilmuwan seluruh dunia.

Kemudian Kota Baghdad hancur akibat serangan ganas puak Monggol.

Sejarah menayangka­n jalan pengkisaha­n yang hampir serupa.

Kegagalan sistem pemerintah­an itu mungkin disebabkan merebaknya amalan rasuah serta tidak kurang juga tersebar luasnya prasangka buruk sesama penduduk.

Kesannya, tamadun yang tersergam gagah boleh runtuh sekelip mata.

Justeru, ambillah pengajaran daripada paparan sejarah kerana apabila kita abaikan hikmah di sebalik sejarah yang berlaku, maka kesan buruk boleh menimpa diri dan negara kita pula.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian, wajib kita terapkan dalam diri sikap saling hormatmeng­hormati.

Buang sejauh mungkin rasa prejudis perkauman, sebaliknya semaikan benih kasih sayang sesama kita. Semoga Malaysia akan terus dikurniaka­n keamanan dan kesejahter­aan oleh Allah SWT.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzham Shah, Pahang

 ??  ?? RAKYAT Iraq kini hidup menderita akibat peperangan yang belum ada penamatnya.
RAKYAT Iraq kini hidup menderita akibat peperangan yang belum ada penamatnya.
 ??  ??
 ??  ?? Bersama Mohd Rizal Azman Rifin
Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia