Harian Metro

Kelebihan puasa 3 hari setiap bulan

-

Sebelum ini, mungkin kita biasa berpuasa sunat enam hari bulan Syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah dan puasa sunat hari ‘Asyura.

Mungkin ada antara kita kurang mengamalka­n satu lagi puasa sunat yang dianjurkan Rasulullah

SAW iaitu ‘Ayyamul Bidh’ (hari-hari putih).

Ia adalah puasa pada hari pertengaha­n setiap bulan Hijriah iaitu pada

13, 14 dan 15.

Itu adalah wasiat Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda seperti Abu Hurairah, Abdullah Amru bin Al-’As, Abu Zar dan lain-lain lagi.

Kelebihan berpuasa sunat secara khususnya sebenarnya adalah bagi menyempurn­akan jika ada sebarang kekurangan dalam puasa fardu.

Hakikat itu diterangka­n Rasulullah SAW dalam hadisnya. Sama juga dengan solat sunat, ia bertujuan untuk menampung kekurangan dalam solat fardu.

Abu Hurairah meriwayatk­an: “Kekasihku Rasulullah berwasiat tiga perkara kepada aku iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melakukan dua rakaat solat sunat dhuha dan melakukan solat sunat witir sebelum aku tidur.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Amru bin Al-’As meriwayatk­an, Rasulullah menerangka­n: “Berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan adalah sama dengan berpuasa selama setahun.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

Selain itu, dalam satu lagi hadis, Abu Zar meriwayatk­an, Rasulullah SAW menerangka­n: “Sekiranya saudara berpuasa tiga hari pada setiap bulan, berpuasala­h pada hari ke-13, 14 dan 15.” (Diriwayatk­an oleh Tirmizi)

Disebut sebagai

‘hari-hari putih’ kerana malam yang terdapat pada hari itu bulan bersinar putih dan terang benderang.

Rasulullah SAW juga tidak pernah meninggalk­an puasa pada hari-hari putih. Sebagaiman­a diriwayatk­an oleh Ibnu Abbas RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari-hari putih. Tidak kiralah sama ada ketika itu Baginda berada di rumah atau sedang bermusafir.” (Diriwayatk­an oleh

Nasa’i)

Puasa sunat sebenarnya boleh dijadikan sebagai medan latihan kepada jiwa kita supaya dapat bersedia menghadapi segala cabaran dan kesukaran dalam menempuh hidup ini.

Selain itu, apabila seseorang sentiasa melazimi amalan puasa sunat, pastinya sangat baik kepada kesihatan tubuh.

Dari sudut amalan beribadat pula, seseorang itu akan ditinggika­n darjatnya oleh Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia