Harian Metro

TERKESAN NENEK ‘PERGI’ DEPAN MATA

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Meskipun jadual penggambar­an padat, Raja

Ilya tetap peka dengan situasi sekeliling apabila menghulurk­an bantuan terhadap

insan yang memerlukan. Kata Raja Ilya, kesedaran itu timbul apabila nenek tersayang meninggal dunia di depan

mata ketika usianya 18 tahun. “Sejak insiden yang meragut nyawa insan paling disayangi, ia meninggalk­an impak

mendalam di hati saya. “Kini, saya gemar melakukan kerja sosial yang tidak hanya terhad sesama manusia,

tetapi alam sekitar. “Paling penting, buat seikhlas mungkin. Bukan ada niat tersirat,” katanya pada sesi rakaman sebuah program pilot terbitan

Darkwave Pictures, baru-baru ini. Sepanjang 11 tahun terbabit dalam industri hiburan tanah air, nama pelakon Afiq

Muiz dikenali apabila terpalit kontrovers­i mengenai konflik dengan ibu kandungnya.

Malah, Afiq, 25, juga didakwa melarikan diri daripada pihak media sebelum ini kerana tidak mahu cerita hitamnya diungkit lagi.

“Saya akui ada pihak media mendakwa saya seorang bermasalah dan sukar dihubungi sebelum ini.

“Sebenarnya, saya ‘hilang’ sekejap kerana berkecil hati dengan segelintir pihak yang cuba membangkit­kan semula cerita hitam yang berlaku enam tahun lalu.

“Saya juga sangat sensitif apabila ada orang bertanya lagi mengenai hubungan dengan ibu, Hasliza Mohd kerana kami sudah lama berbaik semula selepas kontrovers­i berakhir dulu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia