Harian Metro

SENTIASA BAWA KIT KECEMASAN

- DARI MUKA R27

Menurut Raja Ilya, kit kecemasan sentiasa ada di dalam kereta sebagai persediaan andai berdepan musibah.

“Rugi kalau saya tidak gunakan ilmu yang ada untuk memberi pertolonga­n awal jika musibah berlaku.

“Saya akan bawa kit kecemasan ke mana sahaja saya pergi. Sejak zaman sekolah, saya menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah. Jadi, pendedahan terhadap kepentinga­n membantu di saat kecemasan sudah diasah sejak kecil.

“Pendedahan dan pengetahua­n itu seiring dengan kursus pertolonga­n cemas atas inisiatif sendiri,” katanya.

Mengimbau kembali detik sedih ketika arwah neneknya meninggal dunia, pelakon Syurgaku Tak Sempurna di HyppTV itu mengakui, dia tidak dapat membantu kerana terlalu panik sehingga lupa ilmu yang dipelajari sebelum itu.

“Sampai sekarang, saya terkesan dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi kejadian berlaku pada hari lahir saya. Memang terkilan, tetapi saya reda,” katanya.

Raja Ilya berkata, pengalaman itu banyak menyedarka­n dirinya supaya tidak mudah panik sebaliknya pantas menghulurk­an bantuan.

Sambung Raja Ilya, dia pernah membantu mat rempit yang terbabit kemalangan ketika penggambar­an sebuah program di Bukit Merah, Perak, beberapa tahun lalu.

Beralih kerjaya seni, Raja Ilya yang sebelum ini sering diberikan watak antagonis berkata, dia tidak mengambil tawaran besar sepanjang tiga bulan ini untuk melakukan persediaan melebarkan sayap di Amerika Syarikat.

“Saya terpaksa tolak tawaran kerana perlu fokus dengan tawaran dari Amerika Syarikat.

“Buat masa ini, saya banyak habiskan masa di gim untuk mendapatka­n bentuk badan ideal selain melakukan persedian mental dan fizikal,”katanya.

Raja Ilya yang turut terbabit dalam bisnes minuman beberapa tahun lalu gembira kerana Richiamo Coffee by Raja Ilya kian mendapat sambutan.

“Alhamdulil­lah setakat ini sudah ada tiga cawangan francais. Antaranya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Menara

Miti, Kuala Lumpur. Insya-Allah, sebelum akhir tahun ini tiga lagi cawangan baru akan dibuka,” katanya. -Najiy Jefri

Raja Ilya pernah bantu mat rempit terbabit kemalangan ketika penggambar­an sebuah program

 ??  ?? Sampai sekarang, saya terkesan dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi kejadian berlaku pada hari lahir saya. Memang terkilan, tetapi saya reda
Sampai sekarang, saya terkesan dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi kejadian berlaku pada hari lahir saya. Memang terkilan, tetapi saya reda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia