Harian Metro

Hasrat berhijrah memang ada

- Aminudin Ismail am@hmetro.com.my

Kumpulan dari Terengganu, Herow Band yang tampil dengan album mini berjudul Hanya Kami Saja, April lalu kini dalam dilema sama ada mahu terus menetap di negeri itu atau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tapak dalam industri muzik.

Herow Band yang ditubuhkan pada 2012 dianggotai tiga beradik yang juga anak kepada bekas pemain bass Iklim, Mohalim iaitu Muhammad Syahidin Mohd Salim, 21, (penyanyi), Muhammad Salihin, 21, (bass) dan Muhammad Salam, 22, (gitar).

Dua lagi anggotanya ialah Mohammad Shahrieman Sulaiman, 21, (gitar) dan Muhammad Aiman Hakim Mohd Alazi, 17, (percussion).

Muhammad Salihin yang juga ketua kumpulan berkata, hasrat berhijrah ke Kuala Lumpur memang ada tetapi buat masa ini mereka perlu menetap di Kuala Terengganu.

“Memang untuk lebih berjaya kami perlu menetap di Kuala Lumpur kerana peluang di sana lebih baik dan memudahkan urusan promosi serta undangan pertunjuka­n pentas.

“Kami belum membuat keputusan itu kerana ada anggota yang terikat dengan pekerjaan, buat masa ini biarlah kami menetap di Kuala Terengganu dan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.

Dalam pada itu, sambutan terhadap 500 unit album mereka yang dicetak dan dijual agak baik dan sebuah lagu berjaya memasuki carta beberapa stesen radio.

Album itu mengandung­i empat lagu dan mereka mempertaru­hkan lagu Hanya Kamu Saja.

Muhammad Salihin berkata, sejak album itu dilancarka­n kumpulan itu kerap menerima undangan nyanyian.

“Alhamdulil­lah setakat ini sambutan terhadap album pertama itu di Terengganu memuaskan. Ramai juga yang bagi sokongan dan terus beri semangat terutama keluarga serta rakan seperjuang­an,” katanya.

Menurutnya, kelahiran album itu memberi keyakinan kepada mereka untuk pergi lebih jauh dalam industri muzik tanah air.

“Memang kami mahu dikenali sebagaiman­a kumpulan popular lain, tetapi memerlukan lebih masa merana kami tinggal di Kuala Terengganu,” katanya.

Menurut Muhammad Salihin, mereka membawakan lagu genre pop, akustik dan balada. Mereka juga banyak menerima tunjuk ajar daripada Mohalim.

“Kami sering dijemput membuat persembaha­n di pantai timur khususnya Terengganu. Malah, kami juga tidak menolak membuat persembaha­n di seluruh negara jika berpeluang. Kami juga pernah tiga kali menjadi juara dalam persembaha­n busking di Terengganu pada 2014,” katanya.

Sementara itu, Mohalim berkata, tiga anaknya itu menurut jejak langkahnya memeriahka­n industri muzik tempatan.

“Disebabkan Iklim sudah lama menyepi, saya mengambil inisiatif baru sebagai kesinambun­gan dalam industri seni tanah air.

“Saya mengambil masa empat tahun untuk menubuhkan kumpulan ini. Ketika mereka masih bersekolah, saya mengajar cara bermain gitar dan memberi tunjuk ajar supaya satu hari dapat menghasilk­an kumpulan baru.

“Semoga Herow Band mampu pergi lebih jauh dan mendapat sambutan ramai,” katanya yang kini bekerja sebagai penggubah lagu di RTM Kuala Terengganu.

Herow Band masih menetap di Kuala Terengganu kerana ada anggota

terikat dengan

kerja

 ??  ??
 ??  ?? MAHU meriahkan industri muzik tempatan.
MAHU meriahkan industri muzik tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia