Harian Metro

Laluan sempit, berlubang dan berbukit

-

ditunggang­i dan terus diminta memakai topi keledar.

Usai taklimat ringkas, kami diminta memandu uji ATV yang akan ditunggang dengan beberapa pusingan di padang berhampira­n bagi menyesuaik­an diri sekali gus sama ada seseorang itu boleh melakukan aktiviti itu atau tidak.

Dek sudah lama tidak menunggang ATV, terasa sedikit kekok dan gementar. Namun, selepas melakukan beberapa pusingan, kekuatan dan keberanian mula dirasai.

Selepas betul-betul yakin dapat mengendali kenderaan lasak itu, penyelaras rekreasi, Ahmad Fakri Yaakup, 36, yang mengetuai aktiviti kami pagi itu memberikan isyarat untuk memulakan perjalanan sejauh lapan kilometer dan dijangka memakan masa sekitar 45 minit.

Saat itu, bermulalah keseronoka­n menunggang ATV yang juga sangat terkenal sebagai antara sukan lasak disukai ramai.

Keluar dari pekarangan resort, melalui jalan tar yang tidak rata dengan keadaan yang berbukit sedikit mencabar walau pada pandangan mata kasar ia sangat mudah.

Mana tidaknya, untuk mengendali­kan ATV ini, kekuatan tangan sangat dituntut terutama apabila membelok ke satu-satu selekoh dek saiznya selain berat.

Ketika asyik menunggang ATV, membelok ke laluan yang agak sempit dan tidak rata serta berlubang nyata benar-benar menguji kami. Sesekali kedengaran jeritan dan gelak tawa kerana tersasar dari laluan.

Santai menunggang ATV dan menghirup udara segar, kami memasuki laluan yang sempit. Laluan itu juga akan membawa kami ke satu perkampung­an Orang Asli.

Menerusi laluan yang tidak rata dan berbukit, kami perlu berhati-hati dan sentiasa peka terhadap keadaan jalan yang dilalui. Takut-takut, terlalu asyik menikmati pemandanga­n nan indah, terbabas pula.

Sampai di satu jalan, kami sudah diberi amaran akan keadaan jalan yang berlopak kemudian perlu mendaki laluan berbukit.

 ??  ?? PERKAMPUNG­AN Orang Asli antara laluan menarik sepanjang aktiviti ATV.
PERKAMPUNG­AN Orang Asli antara laluan menarik sepanjang aktiviti ATV.
 ??  ?? AHMAD Fakri memberi penerangan ringkas mengenai pengendali­an ATV.
AHMAD Fakri memberi penerangan ringkas mengenai pengendali­an ATV.
 ??  ?? AHMAD Fakri menunjukka­n cara mengendali ATV.
AHMAD Fakri menunjukka­n cara mengendali ATV.
 ??  ?? MENUNGGANG ATV beri keterujaan tersendiri.
MENUNGGANG ATV beri keterujaan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia