Harian Metro

Tampil pelbagai pembaharua­n

-

DARI MUKA N35

Bintang Pop dan Oscar.

Red Carpet 2 ini dilengkapi elemen teknologi canggih dan lebih bercahaya dengan lampu bagi memberi kelainan serta patung lilin tampak asli.

Ia juga lebih menghiburk­an kerana anda boleh melihat sendiri selebriti terkemuka di dunia yang terdiri daripada pemenang Anugerah Oscar, artis K-Pop, superhero dan figura pemimpin dunia seperti Donald Trump serta Vladimir Putin.

Menariknya, pengunjung bukan saja boleh bergambar tetapi turut menyentuh dan berinterak­si bersama patung lilin ikon terkenal yang menjadi kegemaran.

Bagi peminat superhero Marvel iaitu Logan, Hulk, Spiderman, Captain America, Black Widor dan Thor, Red Carpert 2 akan menemukan anda dengan patung lilin mereka.

Pengunjung juga pastinya semakin teruja saat melalui set penggambar­an yang disertakan dengan watak utama mereka antaranya Bruce Lee, Jackie Chan dan Lee Ming Ho. Bintang terkemuka Aishwarya Rai yang ayu duduk di kerusi berlatarbe­lakangkan

Taj Mahal cukup mempesonak­an.

Menerusi kawasan yang lebih luas ini, pengunjung pastinya lebih selesa melihat apa yang disajikan di sini dan sudah pasti kepulangan anda penuh kenangan terindah.

Bayaran dewasa dengan MyKad RM100/ pelancong asing RM150 dan kanakkanak dengan MyKid (RM50)/kanak-kanak pelancong asing RM100 nyata berbaloi dengan apa yang akan disaksikan di dalam Red Carpet 2 @i-City ini.

Menambahka­n keterujaan selepas selesai meneroka di dalam muzium patung lilin interaktif ini, zon luar yang dibuka secara percuma kepada orang ramai juga tidak kurang hebatnya. Dilengkapi lampu LED selain lukisan superhero di keliling dinding bangunan, suasana yang dirasai di kawasan ini cukup mengujakan.

Ia nyata bertambah menarik saat dikunjungi ketika malam. Inginkan cuti hujung minggu yang mengujakan, kunjungan ke Red carpet 2@i-City pastinya tidak akan mengecewak­an sebaliknya membuatkan anda pulang dengan kenangan terindah. -Suliati Asri

 ??  ?? MENGAMBIL gambar persis bersiar-siar menaiki basikal bersama Mr Bean cukup mengujakan.
INFO
Harga tiket:
Dewasa dengan MyKad RM100 / pelancong asing RM150
Kanak-kanak dengan MyKid (RM50) / Pelancong asing RM100
MENGAMBIL gambar persis bersiar-siar menaiki basikal bersama Mr Bean cukup mengujakan. INFO Harga tiket: Dewasa dengan MyKad RM100 / pelancong asing RM150 Kanak-kanak dengan MyKid (RM50) / Pelancong asing RM100
 ??  ?? PENGUNJUNG bergambar kenangan bersama patung lilin yang terdapat di Red
Carpet 2 @i-City.
PENGUNJUNG bergambar kenangan bersama patung lilin yang terdapat di Red Carpet 2 @i-City.
 ??  ?? HARRY Potter antara patung lilin yang menanti di Red carpet 2
@i-City.
HARRY Potter antara patung lilin yang menanti di Red carpet 2 @i-City.
 ??  ?? BOLEH bergambar bersama pemimpin dunia antaranya Donald Trump.
BOLEH bergambar bersama pemimpin dunia antaranya Donald Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia