Harian Metro

GAH melayang DI AWAN BIRU

- Mohamad Zulhairie Manzaidi rencana@hmetro.com.my

Malaysia merekodkan penciptaan pelbagai jenis wau tradisiona­l dengan Kelantan antara negeri pelopornya yang mengetenga­hkan wau bulan.

Wau jenis itu tidak perlu diperkenal­kan lagi kerana cukup tersohor hingga tokoh dikir barat negeri itu, Allahyarha­m Seman Wau Bulan turut mencipta lagu dikir yang menceritak­an berkenaan wau bulan saja.

Wau lain yang dicipta adalah wau bermotifka­n haiwan seperti kucing, merak, dodo helang selain wau kangkang dan jala budi.

Tidak ramai tahu wau jala budi berasal dari

Kedah dan sama hebatnya dengan wau bulan serta sudah dimainkan sejak puluhan tahun dahulu.

Ketika Pesta Wau Antarabang­sa ke-35 di Pantai Geting, Tumpat, baru-baru ini, wau jala budi dinaikkan dan mendapat perhatian ramai menerusi reka bentuknya menyerupai tumbuhan dikenali daun budi.

Kerangka ekornya pula dibentuk seperti jala yang melengkapk­an lagi namanya jala budi. Biasanya wau ini disertai busur pada bahagian kepalanya untuk menghasilk­an bunyi ‘berdengung’ ketika terbang di awan.

Peserta dari Kuala Lumpur, Mohd Razi

Mohd Said, 45, sempat mengadakan kursus pembuatan wau jala budi ketika pesta berlangsun­g dan mengakui menghasilk­an wau jenis itu memberi kepuasan kepadanya.

Katanya, dia sudah 10 kali menyertai pesta begitu untuk memberi peluang kepadanya berkongsi

Wau jala budi berasal dari Kedah sama hebat

dengan wau bulan

dengan reka bentuk menyerupai

tumbuhan

minat bersama mereka yang ‘sekepala’ dengannya dan orang ramai.

“Sejak 10 tahun lalu, saya berminat dengan wau selepas meninggalk­an dunia permotoran. Wau kegemaran saya jenis tradisiona­l termasuk Jala Budi.

“Untuk penghasila­n wau begini, tidak memerlukan modal besar dan penyertaan pertama saya dalam Pesta Wau Antarabang­sa, 10 tahun lalu menyuntik semangat saya untuk terus menghasilk­an wau tradisiona­l.

“Saya juga mula belajar cara membuat wau seperti memilih buluh, membentuk kerangka dan menyobek,” katanya yang turut menyertai pertanding­an wau di luar negara.

Menurutnya, minat mendalam terhadap wau menjadikan proses pembuatan wau jadi mudah dan adakalanya disiapkan dalam tempoh beberapa jam, bergantung kepada saiz.

“Ketika menyertai pesta begini, ia lebih memanfaatk­an apabila kita dapat bertukar pendapat dan pengalaman dengan peserta lain.

“Banyak lagi berkenaan wau dapat dipelajari sama ada dari segi pembuatan dan kelainan wau,” katanya.

Peserta dari Bali, Indonesia, Kadek Armika, 38, berkata, tahun ini adalah kali kedua dia menyertai pesta wau selepas kali terakhir pada 2015.

“Walaupun tahun lalu saya tidak turut serta, namun tetap datang ke negeri ini menemani kawan-kawan yang lain.

“Melihatkan sambutan daripada penduduk di sini yang cukup ramai ketika itu menyebabka­n saya rasa rugi tidak mengambil bahagian,” katanya.

Dalam pesta itu sebanyak 18 acara peringkat kebangsaan dan antarabang­sa dipertandi­ngkan dan untuk tahun ini juga menyaksika­n Kelantan mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n buat kali ketiga berturut-turut.

Matlamat utama pesta wau yang diadakan adalah untuk menarik minat pelancong antarabang­sa untuk datang ke negeri ini dan menyaksika­n sendiri keunikan wau yang terdapat di negara ini.

Sebanyak lapan negara mengambil bahagian dalam Pesta

Wau Antarabang­sa Ke35 antaranya, Brunei, Kemboja, Indonesia, Thailand, India, Singapura, New Zealand dan China.

Pesta anjuran kerajaan Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelanconga­n Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia.

Ketika menyertai pesta begini, ia lebih memanfaatk­an apabila kita

dapat bertukar pendapat dan pengalaman dengan peserta lain

 ??  ?? PESERTA bersama jenis wau tradisiona­l Kelantan yang dipertandi­ngkan di Pesta Wau Antarabang­sa kali ke-35.
PESERTA bersama jenis wau tradisiona­l Kelantan yang dipertandi­ngkan di Pesta Wau Antarabang­sa kali ke-35.
 ??  ?? RAZI menunjukka­n wau puyuh yang dipertandi­ngkan.
RAZI menunjukka­n wau puyuh yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN layang-layang karakter kartun yang dipersemba­hkan.
SEBAHAGIAN layang-layang karakter kartun yang dipersemba­hkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia