Harian Metro

YASH, SHERPA MUDA

Mula daki gunung sejak usia 7 tahun apabila sering ikut abang dan bapa saudara

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Dibesarkan di kawasan tanah tinggi, Yash Shrestha, 28, menganggap itu kelebihan untuknya menjadi sherpa dalam membantu sesiapa yang ingin mendaki gunung di Nepal.

Sherpa orang yang dipertangg­ungjawabka­n untuk membantu pendaki membawa barangan mereka sekali gus turut menjadi pembantu kepada pemandu arah.

Dia yang mula mendaki gunung sejak seawal usia tujuh tahun dengan mengikut abang dan bapa saudaranya menganggap kerjaya itu sudah sebati dengan dirinya. Sehingga kini dia menawan lebih 10 gunung berbeza di negaranya sendiri.

KENDONG PENDAKI SAKIT

Menjadi sherpa adalah impiannya sejak dulu. Yash berkata, walaupun ramai kawan sekampungn­ya keluar bekerja di luar negara, dia tetap setia dengan minatnya.

“Seorang sherpa tak ada gaji bulanan macam kerja makan gaji. Kami bergantung kepada ‘trip’ dan bonus kalau diberi tip oleh pendaki. Namun kepuasan itu berbeza bagi saya walaupun banyak kawan sekampung mengajak untuk keluar negara menjadi pengawal keselamata­n, kerja di kilang dan sebagainya.

“Banyak yang saya hadapi dan lihat sepanjang hampir lapan tahun apabila menjadikan sherpa sebagai kerjaya. Antaranya pendaki yang hampir meninggal dunia disebabkan serangan jantung ketika mendaki, terkena ‘highaltitu­te-sickness’ ketika mendaki ke Everest base-camp (EBC) dan banyak lagi,” katanya.

Dia berkongsi saat paling tidak boleh dilupakan apabila terpaksa menggendon­g seorang gadis dari

China yang tidak mampu meneruskan ‘trekking’ di jaluran laluan banjaran Himalaya .

“Waktu itu dia diserang sesak nafas, mungkin kerana asma. Saya diarahkan untuk membawa dia pulang. Untuk patah balik, terpaksa berjalan lebih 30 kilometer dengan menggendon­g di belakang, hantar sehingga dia selamat sampai di tempat penginapan,” katanya.

TERKESAN GEMPA BUMI

Mengimbau kembali bencana yang berlaku di Nepal antaranya yang paling mendapat perhatian dunia iaitu gempa bumi pada 2015 hingga mengakibat­kan lebih 8,000 maut selain 3.5 juta kehilangan tempat tinggal.

Menceritak­an detik cemas ketika bencana itu, Yash berkata, dia pada ketika itu berada di rumahnya di perkampung­an lereng bukit, dalam daerah Nargakot.

“Mujur saya tak mendaki pada waktu itu kerana ia musim kurang pelancong datang. Cuma santai di rumah. Keadaan rumah saya di atas gunung, apatah lagi di tepi bukit. Memang semua orang panik.

“Kami sekeluarga selamat walaupun esoknya diberitahu ada tanah runtuh di kampung berdekatan. Banyak rumah rosak kerana kebanyakan­nya diperbuat daripada kayu dan tak mempunyai tapak asas yang kukuh. Tak ada yang maut di kampung kami, tapi ramai meninggal dunia di bawah gunung,” katanya.

BUKAN SAJA EVEREST

“Menjadi sherpa bukan sesuatu yang mudah. Perlu banyak belajar daripada orang yang berpengala­man dan kita sendiri perlu tahu kawal situasi kalau ada sesuatu yang tak diingini. Kita juga perlu ambil tahu risiko atau penyakit yang boleh dihadapi pendaki ketika misi pendakian.

“Kena banyak belajar sebab kita diberi tanggungja­wab untuk menjaga orang dari langkah pertama hingga misi selesai. Saya menganggap itu cabaran dan puas hati kalau misi berjaya hingga ada yang mengalirka­n air mata,” katanya.

Katanya, Nepal bukan cuma Everest yang boleh ditakluki. Jika ramai yang datang ke negara itu untuk menawan EBC, terdapat puluhan gunung yang boleh diteroka. Masih banyak juga yang belum ‘disentuh’ manusia hingga masih boleh lihat keindahan semulajadi yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.

 ??  ?? YASH (dua dari kiri) ketika misi menawan EBC bersama kumpulan pendaki.
YASH (dua dari kiri) ketika misi menawan EBC bersama kumpulan pendaki.
 ??  ?? YASH bersama rakan di depan rumah rehat yang dibinanya di kampung halaman.
YASH bersama rakan di depan rumah rehat yang dibinanya di kampung halaman.
 ??  ?? YASH (tengah) bersama dua pendaki dari China.
YASH (tengah) bersama dua pendaki dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia