Harian Metro

KESUNGGUHA­N TRIO MUDA

-

3 pelajar SMK Dalat bakal harumkan nama negara di WRO 2017

demi membuktika­n pelajar kawasan pedalaman juga mampu menghasilk­an reka cipta yang menarik.

“Rumah saya agak jauh dan perlu menyeberan­gi sungai menaiki perahu sebelum melalui jalan darat sejauh lima kilometer (km) untuk ke sekolah.

“Begitulah rutin harian dan setiap kali tamat sesi persekolah­an, saya dan rakan sepasukan akan ke makmal robotik untuk membina, memasang dan menguji robot sehingga stabil.

“Selalunya, kami berada di situ sehingga petang sebelum pulang ke rumah masing-masing dan tidak sangka, usaha kami selama ini berbaloi apabila memperoleh kemenangan dan peluang bertanding di peringkat dunia ,” katanya.

Rakan sepasukann­ya, Yeo merangkap ketua kumpulan berkata, banyak cabaran dihadapi mereka untuk sampai ke tahap itu.

Bagaimanap­un, kemenangan di peringkat kebangsaan memberi semangat untuknya dan rakan sepasukan membuktika­n kemampuan mereka walaupun dari sekolah pedalaman.

“Selepas siapkan kerja sekolah, kami akan ke makmal robotik untuk menguji dan memperbaik­i reka cipta yang dihasilkan.

“Rutin itu pada Isnin hingga Jumaat manakala Sabtu lebih awal iaitu dari jam 8 pagi hinga 3 petang.

“Ahad baru kami berpeluang rehat. Walaupun penat, kami seronok dan lebih teruja selepas terpilih ke peringkat dunia,” katanya.

Guru merangkap mentor pasukan SMK Dalat Hairul Goh berkata dia berbangga dengan pencapaian pelajarnya yang membuat persediaan sejak Januari lalu bagi menyertai pertanding­an berkenaan.

“Dulu, pasukan kami hanya berjaya sampai ke peringkat negeri, namun rezeki berpihak kepada kami kali ini menerusi kejayaan ke WRO 2017.

“Antara cabaran kami adalah kekurangan material dan mujurlah sekolah berhampira­n membantu meminjamka­n peralatan.

“Untuk mendapat akses Internet pula, kami perlu keluar ke Mukah yang kira-kira 40km dari sekolah, namun ia berbaloi dan di tahap ini, tiada lagi yang saya impikan melainkan kemenangan mereka dalam kejohanan itu nanti,” katanya.

 ??  ?? KONTINJEN Sarawak bersama hadiah kemenangan mereka.
KONTINJEN Sarawak bersama hadiah kemenangan mereka.
 ??  ?? PASUKAN SMK Dalat bersama hadiah kemenangan mereka.
PASUKAN SMK Dalat bersama hadiah kemenangan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia