Harian Metro

‘Allah sentuhkan hati saya’

- DARI MUKA H57

Siti Sakinah

mula kumpul dana sendiri

melalui rakan FB sebelum sertai Syria

Care

Tanggungja­wab besar sebagai Pengerusi Syria

Care digalas bersungguh­sungguh. Biarpun pernah terfikir untuk mengalah, namun pelbagai keajaiban yang disaksikan sepanjang berkhidmat membawa kembali dirinya ke dunia realiti.

“Kalau orang bertanya kenapa saya buat (misi kemanusiaa­n), memang susah menjawabny­a. Cumanya, mungkin begini. Ramai yang memerlukan bantuan, tidak kira sama ada rakyat tempatan, pelarian Rohingya atau sesiapa saja. Tapi Allah SWT sentuhkan hati saya untuk membantu orang Syria.

“Isu ini terlalu dekat di hati sejak zaman saya belajar lagi. Saya jatuh cinta dengan Syria walaupun belum pernah ke sana.

Saya boleh menonton satu video penderitaa­n rakyat negara itu berkali-kali dan menangis. Sehinggala­h saya bertanya kembali kepada diri, kalau setakat menangis dan kasihan, adakah itu membantu mereka? Adakah itu mampu memanaskan tubuh kecil yang kesejukan di bumi Syria? Adakah tangisan saya itu mengenyang­kan perut mereka atau membantu mereka melalui satu lagi tempoh sukar? Sudah tentu jawapannya, tidak.

“Dari situlah saya nekad melakukan sesuatu dalam kapasiti dan kemampuan diri. Dalam keterbatas­an waktu dan tanggungja­wab, saya berusaha sebaik mungkin mengadakan sesuatu untuk mereka di sana. Malah sebelum menyertai Syria Care, saya mula mengumpul dana sendiri melalui rakan Facebook (FB).

“Kebetulan saya hanya duduk di rumah, tidak bekerja dan menjaga ibu mentua yang strok ketika itu, jadi banyak berhubung dengan ramai kenalan yang pemurah di Facebook. Saya kongsikan berita, kumpul sumbangan dan salurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja. Saya percaya, walau kita tidak ada duit sekalipun, masih boleh membantu kerana Allah SWT akan menilai diri kita daripada usaha yang kita lakukan, bukan pada hasilnya,” katanya.

KOLABORASI TUJUH NGO

Bercerita mengenai perjuangan membantu meringanka­n beban rakyat negara bergolak berkenaan, Siti Sakinah dengan rendah diri mengakui beliau hanya memainkan watak kecil dalam Syria Care.

“Kami di sini berusaha mendapatka­n dana dan menguruska­n sumbangan, sebaliknya tujuh NGO di sana adalah hero sebenar. Kami bekerja rapat dengan Tawasso Charity Organisati­on (Latakia), Ulfah Human Relief (Selatan Damsyik), Al-Ahbab

Human Institutio­n (Idlib), Sam Serif Dernegi (Homs), Al Sham Humanitari­an Reconstruc­ion Foundation (Timur Ghoutah), Khair

For Relief Western Gota (Barat Ghoutah) dan Resalat Al-Sham Humanitari­an Associatio­n (Timur Ghoutah).

“Mereka yang bersabung nyawa mengagihka­n bantuan dan sumbangan kewangan yang kami salurkan kepada rakyat. Malah, sepanjang misi kemanusiaa­n dijalankan, ada antara ahli NGO ini terkorban di tengah jalan. Kerjasama mereka inilah yang menghubung­kan kami dengan masyarakat Syria.

“Alhamdulil­lah, setakat ini semua bantuan kita sampai tepat pada sasaran. Segalanya lancar dan dipermudah­kan. Setiap kali NGO di sana mengagihka­n keperluan kepada golongan memerlukan, mereka akan mengambil gambar berserta video untuk direkodkan,” katanya.

Selain NGO, Siti Sakinah berkata, mustahil untuk pihaknya bergerak tanpa adanya sumbangan dana daripada mereka yang prihatin. Keluhuran hati ramai rakyat negara ini selalu mencukupka­n banyak

 ??  ?? BERSAMA wakil NGO pada pelancaran misi kemanusiaa­n Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria.
BERSAMA wakil NGO pada pelancaran misi kemanusiaa­n Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria.
 ??  ?? SUSU tepung untuk kanak-kanak Syria selamat diagihkan di Aleppo dan Adnan City.
SUSU tepung untuk kanak-kanak Syria selamat diagihkan di Aleppo dan Adnan City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia