Harian Metro

Siti Sakinah

-

menggerunk­an. Dalam keadaan mereka yang tiada sebarang persediaan, mana mungkin anak kecil mampu bertahan? Kita di sini duduk dalam rumah yang sempurna, beratap dan berdinding, sebaliknya mereka di sana tinggal dalam sisa runtuhan rumah dan khemah nipis. Mereka berumah di atas ais dan menerima hukum alam ini dengan reda.

“Di beberapa daerah termasuk Timur Ghoutah sebelum ini pernah mencatatka­n kematian bayi akibat kesejukan melampau. Sukar untuk saya berikan gambaran jelas. Saya sendiri tidak mampu membayangk­an suasana ketika itu. Suhu negatif, segalanya begitu mudah membeku.

“Saya teringat betapa pilunya seorang bapa tahun lalu yang kehilangan anak kecil di tengah salji. Apabila melihat anaknya semakin pucat, dia angkat dan berlari mendapatka­n bantuan. Namun, belum pun sempat tiba, anaknya sudah terkulai dalam dakapan. Bayangkan kalau kita di tempat mereka, memangku anak kesayangan. Sukar saya hendak terjemahka­n perasaan itu,” katanya sebak.

Enggan perkara sama berulang, Siti Sakinah nekad mengumpul jumlah sumbangan lebih tinggi menerusi Kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0 (BMS5.0) tahun ini. Beliau mahu mengutip sekurangku­rangnya RM4 juta untuk diagihkan kepada rakyat Syria sepanjang musim sejuk.

“Sumbangan besar diperlukan untuk kita membantu mengedarka­n pakaian, keperluan asas, bekalan makanan, pemanas, kayu api serta gas di beberapa lokasi termasuk Latakia, Barat Iblib, Timur Ghoutah, Timur Idlib, Selatan Damsyik, Homs dan Aleppo.

“Kami jangkakan seramai 4,600 keluarga akan mendapat manfaat daripada bantuan yang akan disalurkan nanti menerusi rakan kerjasama NGO di sana,” katanya.

BANTUAN UNTUK WANITA

Menyebut mengenai nasib wanita Syria,

Siti Sakinah berkata, bantuan kepada anak yatim sebenarnya banyak meringanka­n beban mereka, khususnya ibu kepada anak terbabit.

“Sebelum ini kami pernah hantar tuala wanita, tapi itu bukanlah keutamaan kita. Kalau boleh memang semua yang kita nikmati di sini, hendak kami sampaikan kepada mereka di sama. Tapi kita perlu melihat kepada gambaran yang lebih besar. Paling penting adalah sokongan untuk terus hidup, tajaan kepada anak yatim dan pendidikan mereka.

“Penajaan anak yatim dan dana pendidikan ini sebenarnya secara tidak langsung membantu wanita menjaga anak mereka. Sekurangku­rangnya mereka tidak perlu berfikir dan mencari jalan bagaimana untuk mengenyang­kan perut anak di rumah.

“Kalau dulu, ada ibu yang terpaksa memilih, mulut anak yang mana hendak disuapkan makanan. Mereka terpaksa mengagih sebaik mungkin untuk kelangsung­an hidup.

“Selain itu, kita juga mahu tingkatkan kuantiti susu formula untuk kanakkanak dan bayi di sana.

Mei lalu kami sudah hantar 9,000 tin dengan nilai mencecah lebih RM300,000 untuk satu kontena. Kami beri mereka susu formula terbaik memandangk­an kanak-kanak di sana sangat memerlukan nutrien lengkap. Ini juga membantu ramai ibu yang tidak dapat menyusukan bayi. Diharap lebih ramai yang menyalurka­n sumbangan kepada Syria Care untuk musim sejuk ini,” katanya.

 ??  ?? SITI Sakinah ketika pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0.
SITI Sakinah ketika pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0.
 ??  ?? AGIHAN juadah berbuka puasa di pinggiran Aleppo.
AGIHAN juadah berbuka puasa di pinggiran Aleppo.
 ??  ?? SENYUMAN terukir sebaik menerima bantuan
makanan daripada sukarelawa­n Syria Care.
SENYUMAN terukir sebaik menerima bantuan makanan daripada sukarelawa­n Syria Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia