Harian Metro

Kembalikan kesejahter­aan bumi

- DARI MUKA H57

1,400 kilogram sampah dikumpul

dalam tempoh kurang

3 jam

Buat pertama kali, usaha membersihk­an Pantai Morib Baharu di Banting, Selangor ini mendapat kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang dimeriahka­n dengan kehadiran sukarelawa­n muda dari German Malaysian Institute, Kolej Komuniti Kuala

Langat, iM4U, Lightbulb Apparel dan masyarakat setempat.

Menurut Pengarah

Urusan The Body Shop Malaysia Datin Mina CheahFoong, program itu bukan sekadar memungut sampah supaya pantai menjadi bersih tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan ia tidak kembali ke dalam laut dan menjejaska­n hidupan marin.

“Kita perlu sedar kesan sampah ke atas alam sekitar dan apa akan terjadi sekiranya ia tidak dibuang dengan betul. Sasaran utama inisiatif ini untuk mengelak sampah daripada masuk semula ke perairan, mendidik masyarakat dan memperliha­tkan hasil pungutan yang berjaya dikumpulka­n kepada orang ramai.

“Kami mahu orang melihat betapa banyaknya sampah yang kita buang tanpa rasa tanggungja­wab sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku. Dalam memulakan komitmen baru ini, kami lebih bersungguh-sungguh untuk cuba melindungi dan mengembali­kan kesejahter­aan planet ini dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan bersama,” katanya.

Katanya, ia juga sejajar dengan misi jenama itu untuk mengembang­kan perniagaan yang menggunaka­n sumber alam supaya ia boleh ditanam dan dituai hasilnya secara semula jadi. Inilah sebabnya usaha menjaga kebersihan sumber air, pantai, laut, tasik dan sungai secara berterusan amat penting, bukan sekadar aktiviti sehari dalam setahun.

Dalam acara yang dirasmikan ahli MDKL Fazly Razaly dengan kehadiran Pengarah MDKL Arpaaii Sanat itu, sukarelawa­n berjaya mengumpulk­an lebih 1,400 kilogram sampah dalam tempoh kurang daripada tiga jam.

Antara yang dikutip termasuk peti sejuk mini, payung, paip, pakaian, peralatan upacara keagamaan dan sampah ‘biasa’ seperti beg dan botol plastik, bekas serta pembalut makanan serta straw.

Walaupun disediakan hadiah bagi tiga kumpulan yang berjaya mengutip sampah terbanyak, mata penulis sekeluarga lebih fokus mencari serpihan kaca yang bertabur di sepanjang pantai.

Memang benar, lamakelama­an serpihan kaca ini akan menjadi tumpul dek geseran dan hakisan, tetapi kami menemui banyak cebisan besar yang masih tajam dan berbahaya kerana biasanya pengunjung bermain di pantai tanpa memakai kasut.

Malah kami sendiri tidak menyangka, pantai Morib Baharu yang secara umumnya tampak bersih itu rupanya ada banyak sampah terselindu­ng. Berapa agaknya hasil kutipan di pantai yang penuh sampah yang penulis kunjungi dua tahun lalu.

Berkongsi kebimbanga­n ini, rakan di sana turut mengambil inisiatif mengadakan aktiviti mengutip sampah bersama pelajar universiti dan dalam tempoh dua jam, hasil ‘tuaian’ mereka melebihi 900 kilogram!

Diharap kesedaran ini akan meluas ke semua tempat supaya satu hari nanti nama Malaysia setanding dengan Jepun yang sememangny­a masyhur dengan kebersihan­nya. -Norlaila Hamima Jamaluddin

 ??  ?? SUKARELAWA­N yang terbabit
dalam pembersiha­n pantai.
SUKARELAWA­N yang terbabit dalam pembersiha­n pantai.
 ??  ?? ANTARA sampah yang berjaya dikumpulka­n dalam tempoh dua setengah jam.
ANTARA sampah yang berjaya dikumpulka­n dalam tempoh dua setengah jam.
 ??  ?? SERONOK dapat menyumbang tenaga untuk kelestaria­n alam.
SERONOK dapat menyumbang tenaga untuk kelestaria­n alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia