Harian Metro

LENGKAP KEMUDAHAN SEKOLAH

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kumpulan Wen Ken kumpul dana bina blok baru Chong Hwa KL

Seiring sambutan ulang tahun ke-80 Kumpulan Wen Ken (Cap kaki Tiga), syarikat itu mengambil inisiatif mengumpul dana pembinaan blok baru Sekolah Menengah Persendiri­an Chong Hwa, Kuala Lumpur (Chong Hwa KL), bernilai RM30,000.

Wen Ken yang ditubuhkan sejak 1937 cukup sinonim dengan produk ciptaannya, Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga. Syarikat dengan 80 tahun pengalaman dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) ini juga dikenali menerusi barisan produk ubat tradisiona­l Cina dan farmaseuti­kal pada harga berpatutan. Produk syarikat ini turut melalui pelbagai inovasi dari tahun ke tahun dengan matlamat mencapai kepuasan serta kesetiaan pelanggan.

Pengurus Kanan Kumpulan Sumber Manusianya, Samuel Lee Moh Chuan berkata, syarikat itu meletak kepercayaa­n tinggi terhadap nilai korporat yang teguh iaitu sentiasa mendekati dan memberi balik manfaat kepada komuniti.

“Kasih sayang dan kesyukuran adalah pegangan prinsip di belakang falsafah perniagaan kami. Kasih sayang melambangk­an keperluan komuniti yang perlu dijaga, sementara kesyukuran menunjukka­n rasa terima kasih kami terhadap sokongan pengguna. Ini nilai murni yang kami pegang sejak

1937 dan masih berkekalan walaupun Wen Ken sudah melalui tiga generasi dan lima pewarisan,” katanya.

Menurut beliau, syarikat komited untuk memastikan pengguna mendapat manfaat daripada produk keluaran, tidak kira sama ada mereka daripada golongan miskin mahupun kurang bernasib baik.

“Oleh itu, bagi menyampaik­an maksud serupa, kami juga bertekad melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat melalui aktiviti amal dan program membabitka­n komuniti setempat.

“Tahun ini, kami mengumpul dana bersama rakan perniagaan bagi merealisas­ikan pembanguna­n blok baru Chong Hwa KL, sekali gus melengkapk­an kemudahan sekolah untuk pelajarnya,” katanya yang mewakili pihak pengurusan syarikat menyampaik­an dana pembinaan bernilai RM30,000 bersama 960 botol Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga kepada Pengetua Chong Hwa KL, Chia Song Choy.

Majlis penyampaia­n cek disaksikan Penolong Pengetua, Cheong Moey Lian, Chan Yoke Lee, Lee Sui Ang dan Chong Chee Keong, bersama guru serta pelajar. Aktiviti pengumpula­n dana itu membabitka­n usaha sama Delfi Marketing Sdn Bhd, Kwong Hing Lee Sdn Bhd, Best Choice Marketing Services, Kin Yin Trading Sdn Bhd, Tong Guan Food Products Sdn Bhd, Yong

Hua Heng Sdn Bhd, Syarikat Rajamas Bersama, Yee Yen Tong Sdn Bhd dan Eagle & Pagoda Brand Teck Aun Medical Factory Sdn Bhd.

Chong Hwa KL ditubuhkan pada 21 Mac

1919. Sekolah itu dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Dan Menengah

Cina Selangor. Pada awal pembukaann­ya, sekolah terbabit hanya mempunyai tiga guru dan 80 murid, namun kini berkembang dengan bilangan pelajar mencecah 5,000 orang.

“Kami memilih Chong Hwa KL kerana ia mempunyai sejarah penubuhan 98 tahun dan dana berkenaan membolehka­n lebih banyak kemudahan dibina serta meningkatk­an kapasiti pengambila­n pelajar.

“Ruang sedia ada sudah tidak cukup untuk menampung pelajar yang kian meningkat. Selain itu, sebahagian kemudahan juga sudah usang dan perlu dibaiki serta diubahsuai. Kami percaya pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembentuka­n keperibadi­an serta pelajar cemerlang,” katanya.

 ??  ?? LEE (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Chia (tengah).
LEE (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Chia (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia