Harian Metro

MOTIVASI MUHASABAH DIRI

-

Judul: Serenity

Penulis: Syira Lokman Penerbit: Komrad Buku Harga: RM20

Hidup ini kadangkala tidak seperti yang kita inginkan. Kata orang, saat kita inginkan pelangi, Allah turunkan hujan. Mengapa? Kerana hidup ini adalah pengembara­an buat insan yang bernama manusia untuk mengenal diri dan erti kehidupan.

Mengubah kehidupan menjadi indah seperti pelangi bermula dari kesedaran mengenai silap di masa silam.

Buku ini mengajar dan menyedarka­n anda bahawa perkara biasa yang kita lakukan tidak semestinya benar kerana manusia tidak akan lekang dari dosa. Ia mengajar anda cara terbaik untuk mencari jawapan buat jiwa yang kosong. Jika dicari mana ketenangan, jika dicari mana kebahagiaa­n, maka di sini jawapan tepat yang akan mengubah pandangan sesiapa saja mengenai kehidupan.

Andai Tuhan sering dipersalah kerana tidak adil dalam memberi nikmat hidup, naskhah ini yang perlu dihadam sehingga persepsi terubah 360 darjah. Serenity ini membantu kita bermuhasab­ah diri. Penulisann­ya santai namun cukup terkesan kepada pembaca. Usah mempertika­ikan isinya sebelum tiba di akhir tajuk kerana di situ ada mesej yang hendak disampaika­n.

Terdapat 41 tajuk berkaitan konflik diri, rezeki, soal pembelajar­an, motivasi, kejujuran, Islam di samping dalil yang memantapka­n lagi garapan dalam buku motivasi ini. Ia naskhah motivasi santai yang ditulis dengan gaya monolog hati dan puisi untuk santapan mereka yang ‘lapar serta kehausan’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia